"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Wednesday, 29 October 2014

Tarian Ghairah Di Tengah Sawah Di Pendang!

PENDANG - Jika dari luar, kedai makan ini dilihat tenang di tengah sawah, namun siapa sangka pada malamnya ia dijadikan tempat hiburan.

Tidak punya papan tanda, kawasan kedai makan itu kelihatan meriah dengan pengunjung yang kononnya datang untuk menjamu selera dan itu antara helah yang digunakan pengusaha untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Tinjauan Sinar Harian pada jam 12.30 tengah malam mendapati, kedai tersebut menyajikan tarian mengghairahkan dan minuman keras kepada pengunjung beragama Islam.

Sinar Harian sempat menemu bual seorang pengunjung dalam lingkungan 50 tahun, hanya ingin dikenali sebagai Mat.

Atas sebab keselamatan, dia tidak mahu identitinya didedahkan dan enggan gambarnya dirakam.

“Kebiasaannya, kedai ini akan ramai pada malam Jumaat, pengunjung yang datang akan dilayan oleh pelayan kedai tersebut dengan berpakaian seksi.

“Setiap layanan yang diberikan, mereka akan menerima tip sebanyak RM30,” katanya.


Jadi tempat lepak

Katanya, selain minuman keras, kedai makan ini juga menyajikan air berkarbonat dengan harga RM7 sebotol.

“Harga yang dijual memang mahal, kalau ikutkan memang Mat tidak mahu datang sini, mahal sangat, tapi sebab bosan, Mat datang la sini.

“Mat selalu datang kedai ini dengan kawan pada jam 11.30 malam, lepas habis kerja. Sinilah tempat kami lepak,” katanya.

Mat berkata, pelayan perempuan dalam kedai tersebut berumur lingkungan 27 hingga 40 tahun.

“Biasanya, mereka akan menggoda dengan aksi mengghairahkan,” katanya.


Suami abai tanggungjawab

"Perangai suami saya berubah sejak berkunjung ke situ, setiap kali dapat gaji dia akan ke kedai makan tersebut untuk berjoli dengan perempuan seksi."

Itu keluhan seorang wanita mendakwa suaminya kerap berkunjung ke kedai makan yang menyediakan khidmat pelayan.

Wanita berkenaan menceritakan keadaannya kepada Sinar Harian selepas tidak sabar dengan kerenah suami yang sering mabuk dan berfoya-foya dengan pelayan kedai terbabit.

Ibu kepada anak lima itu berkata, sejak belakangan ini, suaminya kerap mengunjungi kedai berkenaan dan hanya akan pulang awal pagi.

Bukan  setakat itu, katanya, suami yang juga pekerja projek turut mengambil minuman keras yang didakwa boleh diperoleh secara mudah di kedai terbabit.

Dia yang hanya ingin dikenali sebagai Aminah (bukan nama sebenar) berkata, kehidupannya semakin tertekan apabila sering dipukul suaminya.

“Setiap kali saya minta duit untuk beli barangan dapur dan belanja sekolah anak-anak, suami akan naik angin dan menengking dengan kata-kata kesat.

“Sejak berkunjung ke situ, dia jadi seorang pemabuk dan lupa tanggungjawab terhadap keluarga,” katanya.

Katanya, dia hanya mampu berdoa semoga ALLAH SWT memberi hidayah kepada suaminya.


Polis tumpas premis

Bertindak atas aduan, polis Kedah menyerbu pusat hiburan yang menawarkan minuman keras bersembunyi di sebalik kedai makan di sempadan Pokok Sena - Pendang jam 1.15 pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, semakan mendapati, penjaga premis gagal mengemukakan lesen hiburan di bawah Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

“Polis turut menahan seorang penjaga dan seorang  pelayan wanita berumur 27 tahun yang terbabit.

"Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Kota Setar untuk tindakan lanjut.

“Seramai 14 pengunjung turut disiasat melibatkan 12 lelaki Melayu dan dua wanita Melayu. Semakan dibuat mendapati, mereka tiada rekod jenayah,” katanya.

Mohd Nashir berkata, pihaknya turut merampas beberapa peralatan antaranya dua komputer, dua pembesar suara, satu mikrofon, satu amplifier dan satu unit mixer. -Sinar Harian

Read More

"Bakal Menteri KDN" Sibuk Bercakap Soal Penghadang Besi?

Sedang mahkamah hangat membicarakan sama ada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan "dihumban" kembali ke penjara atau sebaliknya, Setiausaha Agung parti itu, Rafizi Ramli berlagak seolah dirinya Menteri di Kementerian Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara.

Lagaknya yang memberi "arahan" kepada pihak berkuasa supaya tidak meletak penghadang besi di perkarangan kompleks Istana Kehakiman di Putrajaya menggambarkan dirinya juga seolah "buta" dengan sikap para penyokong Anwar yang terbukti ganas sebelum ini.

Kata Rafizi, pihak berkuasa tidak perlu meletakkan besi penghadang tersebut dengan memberi alasan kononnya "keadaan masih terkawal" dan "pihak polis mempunyai kerahan tenaga yang cukup untuk mengawal selia situasi" di sekitar lokasi perbicaraan Ketua Umumnya.

"Halangan ini tidak diperlukan. Keadaan masih terkawal dan pihak berkuasa mempunyai kerahan tenaga untuk mengawal selia situasi semasa di sekitar kompleks mahkamah.

"Kita tidak perlu dihalang dari memasuki pekarangan kompleks Istana Kehakiman. Pihak berkuasa seolah mahu bertegang urat dengan kami," katanya yang dipetik ari media arus perdana semalam.

Antara hujahnya yang lain ialah para penyokong Anwar tidak pernah merempuh masuk ke dalam mahkamah.

"Tidak pernah terjadi insiden di mana penyokong merempuh masuk ke dalam mahkamah," kata Rafizi.

Soalnya, siapa Rafizi untuk berkompromi dalam isu keselamatan? Dia bukan Menteri KDN atau KPN. Apa haknya untuk menentukan itu boleh dibuat dan ini tidak boleh dibuat oleh pihak berkuasa?

Sehari sebelum Anwar ke mahkamah, para penyokong yang mendewa-dewakan Ketua Umum PKR itu baru saja memecahkan sebuah pagar besi yang besar di Universiti Malaya.

Jadi, apakah tidak wajar pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan besi penghadang sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini yang berpotensi dilakukan oleh para penyokong Anwar?

Apakah "bakal" Menteri KDN seperti Rafizi tidak mampu berfikir secara rasional dalam soal ini dan lebih senang untuk bersikap berat sebelah dengan berkompromi dalam soal keselamatan? Apakah dia lupa dengan apa yang baru berlaku malam kelmarin?

Sewajarnya, Rafizi tidak meluahkan sebarang komen dalam hal "penghadang besi" itu, sebaliknya dia lebih wajar memikirkan bagaimana caranya untuk menjelaskan dari mana datangnya air mani yang dikatakan milik Anwar di dalam dubur Saiful.

Air mani merupakan sesuatu yang sangat "eksklusif" dan hanya boleh dimiliki dengan izin Anwar sendiri atau diperoleh dari isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Adalah agak pelik jika air mani Anwar tiba-tiba berada di dalam dubur Saiful tanpa sebab munasabah, bukan?

Sebagai bekas "Pengarah Strategi", Rafizi sepatutnya berfikir tentang isu yang lebih besar berbanding "penghadang besi", apatah lagi setelah Anwar menaikkan pangkatnya ke jawatan Setiausaha Agung PKR, menyingkirkan bekas penyandangnya, Datuk Saifuddin Nasution.

Justeru, sebagai Setiausaha Agung PKR yang baru, Rafizi turut perlu tingkatkan tahap pemikirannya dan tidak lagi memikirkan soal remeh, bukan? -Amir Hamzah/UtaraNews.com

Read More

Ini Gambar Kaki Orang, Bukan Kayu Reput!

Gambar yang menakutkan ini bukan kayu yang mereput. Sebaliknya ia adalah kaki seorang budak perempuan berusia 13 tahun yang bertukar menjadi kayu reput selepas dipatuk oleh ular berbisa.

Bisa ular berkenaan menyebabkan sel-sel pada kakinya sudah mati sekaligus turut mengakibatkan tisu kaki mati. Ia menjadikan kaki budak itu reput.

Budak tersebut hanya dibawa ke Caracas untuk rawatan selepas sebulan dipatuk ular.
Sebelum ini dia hanya diberikan ubat-ubat tempatan.

Gambar tersebut dirakamkan dan dimuat naik dalam instagram.

Salah seorang doktor yang melihat gambar berkenaan, Dr Arun Ghosh berkata, kaki budak tersebut perlu dipotong namun nyawanya masih terancam akibat bisa ular tersebut.

“Bisa ular sangat rumit dan ia bergantung kepada jenis ular. Namun berdasarkan gambar itu, ia jelas menunjukkan kaki perlu dipotong meskipun budak itu mungkin akan mati akibat bisa ular berkenaan,’’ katanya.

Dr Arun Ghosh juga memberitahu, keseluruhan kaki di bahagian bawah berwarna hitam dan melihat kepada keadaan berkenaan, ia jelas menunjukkan racun sudah menyerang otot dan ia akan merebak.

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

79 Dikompaun Hisap Rokok Di Tempat Awam, Nak Merokok Lagi?

KUALA LUMPUR – Sebanyak 179 individu dikenakan kompaun kerana merokok di tempat awam dalam satu operasi Kementerian Kesihatan pada 30 September lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 17 pemilik premis turut dikenakan kompaun kerana gagal mempamer tanda larangan merokok di premis masing-masing.

“Seramai 133 individu terbabit dikompaun kerana merokok di kompleks beli belah, 45 perokok dikompaun kerana merokok di tempat makan berhawa dingin dan satu perokok dikompaun kerana merokok di kedai berhawa dingin.

“Mereka dikenakan kompaun minimum RM250 setiap seorang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, pemilik premis yang tidak memasang tanda larangan merokok turut dikenakan kompaun RM250.

Menurut beliau, mereka yang gagal menjelaskan kompaun itu boleh didakwa di mahkamah dan didenda maksimum RM10,000 atau dipenjara maksimum dua tahun. 

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Siti Nurhaliza Dan Pejabatnya...

Beliau adalah diva, lagenda dan penyanyi terhebat di Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza!

Lihat sahaja sepanjang perjalanan karier seninya, populariti tidak pernah surut dan sentiasa berada di puncak.

Namun untuk menjadi sehebat beliau tidak mudah kerana pelbagai onak duri terpaksa ditempuh bagi mengecapi kesenangan seperti sekarang.

Kini bukan sahaja seorang penyanyi, Siti mengorak langkah sebagai usahawan wanita berjaya dengan jenama kosmetiknya sendiri iaitu Simplysiti.

Pasti ramai nak tahu bagaimana rupa pejabat miliknya kan?

Di bawah kami paparkan gambar pejabat Simpysiti yang dikongsikan di laman Instagram beliau.

siti
pejabat

Memang ‘kerlas’! Bukan sahaja dekorasi malah pemandangan bangunan pencakar langit kebanggaan rakyat Malaysia, Menara Berkembar Petronas dari bilik pejabat Siti sudah cukup untuk membayangkan kejayaannya.

Rizman Ruzaini Mahu Buat Baju Mengandung Untuk Siti Nurhaliza?

Namun bak hashtag yang disertakan Siti bersama gambar tersebut iaitu #bukansenangnaksenang; sesiapa pun perlu usaha jika mahukan sesuatu dalam hidup waima anda penyanyi paling popular dan bersuamikan orang kaya sekali pun.

ctdk

Kalau usaha segigih Siti, siapa tahu rezeki anda suatu hari nanti untuk miliki perniagaan dan pejabat seperti beliau kan?

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Negeri Guan Eng Ada Jual Anjing Untuk Dimakan!

img8968p
(Gambar Hiasan)
Anjing atau kucing yang dijadikan hidangan bukanlah perkara pelik di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.

Tapi di Malaysia, perbuatan begini dianggap janggal dan boleh menimbulkan keresahan pencinta kedua-dua haiwan ini.

Begitu pun di Pulau Pinang, seorang lelaki Cina dikesan "selamba badak" saja jual anjing untuk dijadikan makanan di tepi jalan dekat pasar Ayer Hitam.

Bila ditanya, katanya anjing itu untuk makanan pekerja asing warga Vietnam yang amat menggemari daging haiwan tersebut.

Sekejap sahaja perbuatannya ini sampai ke pengetahuan penguatkuasa MPPP tetapi setibanya mereka di sana, apek ini dilaporkan pandai pula tak datang berniaga dan kemungkinan besar, dah pindah port lain agaknya.

Harap-harap, benda pelik macam ini dapat dihentikan segera.

Punca masalahnya satu sahaja, bila ada rakyat Malaysia yang tak berasa macam dia tinggal di negara berbilang kaum dan agama sampai sensitiviti tu tak ada.. 

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Owen, Figo, Kluivert, Cannavaro Bakal Beraksi Di Malaysia!

Global Legends Series (GLS) akan menampilkan beberapa pemain legenda dunia untuk beraksi dalam siri perlawanan di seluruh dunia bagi meningkatkan kesedaran mengenai usaha amal pasukan itu termasuk mengutip dana dan pembangunan belia di negara yang mereka lawati.

Siri perlawanan amal itu akan bermula di Bangkok, Thailand sebelum beralih ke China, Jepun dan Malaysia pada 2015.

Pengasas bersama GLS, Fabio Cannavaro, berkata beliau mahu meninggalkan legasi di mana sahaja mereka beraksi dan akan berkongsi idea baik itu bersama belia di semua negara berkenaan.

"Saya ingin melakukan sesuatu di Asia kerana saya melihat Asia adalah masa depan bola sepak.

"Saya ingin berkongsi semangat ini dengan masyarakat terutama anak-anak muda di rantau ini," kata bekas ketua pasukan Itali itu kepada pemberita di pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di sini, Isnin.

GLS terdiri pemain legenda dari seluruh dunia yang membantu pasukan atau negara mereka meraih gelaran dalam beberapa kejohanan bola sepak berprestij seperti Piala Dunia, Kejohanan Euro, Liga Juara-Juara atau mereka yang membuat penampilan 50 kali bersama negara masing-masing seperti Michael Owen, Patrick Kluivert dan Luis Figo.

Perlawanan pertama GLS akan berlangsung di Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok pada 5 Dis ini.

Peminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai tiket perlawanan itu dengan melayari laman web www.glsfootball.com.

Read More

Pertahan Diri Dari Dirogol, Gadis Dihukum Gantung Sampai Mati!

Rayhaneh Jabbari
Rayhaneh Jabbari, 26 tahun, gadis berbangsa Iran yang merupakan seorang mangsa rogol telah dihukum mati pada sabtu lalu atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang memperkosanya, perkara ini telah disahkan oleh ibunya sendiri.

Mahkamah Iran pada tahun 2007 telah menahan Rayhaneh atas keselahan tertuduh yang mempertahankan dirinya dan secara tidak sengaja telah membuatkan seorang bekas pegawai perisikan kementerian, Morteza Abdolali Sarbandi yang telah memperkosanya, terbunuh.

Pada tahun 2009 , perbicaraan kes Rayhaneh telah membuatkan keputusan mahkamah Teheran menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada beliau.

_78533570_78533569

Kes Rayhaneh Jabbari ini telah mengejutkan ramai pihak dan mendapat pelbagai liputan media disebabkan tertuduh yang cuba untuk melindungi diri, tetapi dikenakan tindakan yang sebaliknya.

Berikutan dengan kesnya, pelbagai bantahan serta kempen telah dijalankan sehingga terbitnya sebuah petisyen di media sosial berkenaan dengan kes tersebut.

Beratus-ratus ribu tandatangan dan petisyen telah diberikan kepada pihak berkuasa Iran namun kempen yang bergelar “Stop Execution!” di Facebook dan Twitter yang dijalan pada bulan lepas hanya membuatkan proses pengantunganya tertuduh, Rayhaneh Jabbari tertangguh.

_77916487_77916484

Perkara ini turut dikesali oleh Pengarah Pertubuhan Hak Asasi Dan Manusia Amnesty, Hassiba Hadj Sahraoui, menurutnya.

“Ia amat mengecewakan, ini adalah sebuah lagi  peristiwa berdarah yang kotor terhadap hak asasi manusia di Iran. 

Pihak berkuasa Iran nampaknya sangat berkeras untuk menjalankan proses hukuman mati kepada tertuduh meskipun keadilan terhadap kes tersebut terang-terangan berat sebelah,” katanya.

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Konspirasi Dan Kekhilafan Dalam Analisis DNA (Lebih Kurang "Skrip" 1998 Juga)

PUTRAJAYA – Perbicaraan rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung hari ini dengan peguam-peguam pembelaan terus mengemukakan penghujahan mengapa Mahkamah Persekutuan harus membatalkan sabitan dan hukuman lima tahun penjara terhadap Penasihat PKR itu.

Selepas penghujahan panjang lebar oleh peguam utama Datuk Seri Gopal Sri Ram semalam, tiga peguam lain pembelaan menyatakan mereka memerlukan sepanjang hari ini untuk membuat penghujahan mereka.

Peguam N.Surendran meneruskan penghujahannya di hadapan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Ia diikuti peguam Sangeet Kaur Deo yang akan berhujah mengenai sampel yang diambil daripada sel di mana Anwar ditahan semalaman di  Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur susulan laporan polis oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan mengenai dakwaan kejadian itu.

Sementara itu, peguam Ramkarpal Singh mungkin berhujah dengan terperinci mengenai analisis DNA di mana beliau akan mempertikaikan integriti sampel yang diambil daripada Mohd Saiful.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan pula  dijangka membuat penghujahannya esok, dan prosiding rayuan kes liwat Anwar mungkin berlanjutan sehingga Jumaat.

Mahkamah Apex (mahkamah tertinggi dalam sistem kehakiman Malaysia) dijadual menetapkan tarikh lain untuk menyampaikan keputusannya kerana pihak pendakwaan dan pembelaan membuat penhujahan secara menyeluruh mengenai kes itu selain membawa isu-isu baharu untuk dipertimbangkan mahkamah.

Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Anwar atas kesalahan meliwat Mohd Saiful atas alasan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti mengenai integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful.

Mahkamah telah memutuskan bahawa sampel itu boleh terjejas sebelum ia tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Pada 7 Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi dan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa hakim perbicaraan itu terkhilaf  apabila meragui integriti sampel berdasarkan keterangan dua pakar saksi yang dipanggil oleh pihak pembelaan.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan itu yang didakwa  dilakukan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.40 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ini kes liwat kedua terhadap Anwar.

Dalam kes pertama, Anwar didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994 dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.

Anwar menjalani hukuman itu selepas selesai menjalani hukuman penjara enam tahun atas kesalahan rasuah setelah disabitkan terhadap empat tuduhan rasuah pada 4 April 1999.

Anwar dibebaskan pada 2 Sept 2004 apabila Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad meminda sabitan kesalahan itu dan mengetepikan hukuman penjara terhadap dakwaan meliwat Azizan, dalam keputusan majoriti 2-1.

Anwar dibebaskan apabila Abdul Hamid dan dua lagi hakim Datin Paduka Rahmah Hussain dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud bercanggah dari segi tarikh sebenar kejadian liwat, walaupun pada umumnya, ketiga-tiga hakim itu bersetuju bahawa berlakunya aktiviti liwat antara Anwar, Azizan dan adik angkat Anwar,Sukma Darmawan Sasmitaat Madja. – BERNAMA

Read More

Sanggup Sembunyi Dalam But Kereta Untuk Hasut Sokong Anwar

Demi meneruskan perjuangan menghasut mahasiswa untuk bangkit menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol mendakwa beliau terpaksa bertindak menyembunyikan diri di dalam but sebuah kenderaan, untuk masuk ke Kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, pada ceramah Ketua Pembangkang itu baru-baru ini.

Beliau bertindak sedemikian ekoran bimbang ditangkap oleh pihak keselamatan universiti yang bertindak menghalang sebarang ucapan dari pemimpin yang mempunyai kaitan dengan universiti tersebut.

Beliau yang berucap di hadapan kira-kira 50 mahasiswa universiti itu semalam berkata kehidupan beliau kini tidak ubah seperti gelandangan.

Dalam kenyataan itu, Fahmi menjelaskan kepada mahasiswa yang mengadiri dalam perhimpunan tersebut bahawa tujuan beliau bertindak sedemikian adalah kerana mahu memperjuangkan hak dan nasib seorang individu yang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya bukan penjenayah, bukan pencuri dan juga bukan seorang perogol. Kenapa mereka semua takut kepada saya, seorang insan yang kurus dan kerdil ini."

"Saya tidak pulang ke rumah dan juga tidak mandi sejak semalam," katanya kepada penyokong beliau yang terdiri dari mahasisiwa itu.

Fahmi yang dalam ucapannya turut menggesa mahasiswa universiti itu agar menghadirkan diri secara beramai-ramai ke Mahkamah Persekutuan, bagi menunjukkan solidariti kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang pada Rabu.

Sementara itu, pada permulaan program perbincangan ‘Cabaran Integrasi Kaum dan Perpaduan Nasional’ itu, pihak keselamatan universiti telah bertindak dengan merampas pembesar suara sehingga menimbulkan sedikit kekecohan antara penyokong dan juga pihak universiti.

Bagaimanapun keadaan kembali reda dan acara itu dikawal oleh beberapa anggota polis di pintu masuk universiti berkenaan, utuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. - Azlin Hussain / UtaraNews

Read More

PasMa: PAS Kedah Tidak Haramkan, Cuma Patuh Nasihat Tidak Sertai

Seluruh ahli PAS di negeri Kedah diminta untuk mematuhi "nasihat" Majlis Syura Ulama PAS agar tidak menyertai NGO, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), sejajar dengan ketetapan yang diputuskan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah.

Setiausahanya, Musoddak Ahmad di dalam kenyataan media yang dikeluarkan baru-baru ini menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat oleh PAS Negeri Kedah dalam satu mesyuarat yang berlangsung pada 25 Oktober lalu.

"Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri kedah yang diadakan pada 25 Oktober 2014 mengambil sikap untuk mematuhi nasihat yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulamak PAS supaya ahli-ahli PAS tidak menyertai NGO Pertubuhan Pertubuhan Angkatan Sejahtera Malaysia (PasMa)," kata kenyataan tersebut.

Jelas Musoddak, keputusan tersebut adalah berdasarkan "nasihat" dari Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Oktober lalu yang memetik kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, supaya tidak berlaku insiden "jemaah di dalam jemaah" di dalam PAS.

Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah turut mendakwa keputusan badan tertinggi PAS itu sebagai "nasihat" kepada ahli-ahlinya supaya tidak menyertai PasMa.

Tiada sebarang kenyataan dari Musoddak yang menegaskan larangan atau tegahan terhadap ahli-ahli PAS di Kedah dari menyertai pertubuhan itu.

"Majlis Syura Ulamak dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 13 Oktober lalu memetik peringatan Presiden PAS dalam penggulungan Muktamar PAS 2014 yang lalu supaya tidak berlaku adanya jamaah dalam jamaah, parti dalam parti.

"Maka Majlis Syura Ulamak memberi nasihat kepada ahli-ahli PAS supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti PasMa," jelas Musoddak dalam kenyataan rasmi PAS Kedah itu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi merupakan Presiden PasMa dan sehingga kini tiada sebarang tindakan yang berani diambil terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun PAS) Pengkalan Kundor itu.

Phahrolrazi yang merupakan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kedah sebelum ini difahamkan bergaduh besar dengan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sehingga mencetuskan huru-hara di dalam PAS Kedah. -Amir Hamzah/UtaraNews.com

Read More

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah "Buta" Perlembagaan Parti?

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahan ketetapan Majlis Syura Ulama yang melarang seluruh jemaah dan ahli parti itu dari menyertai atau melibatkan diri dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

Kata Abdul Hadi, beliau mempertahan ketetapan badan tertinggi PAS tersebut memandangkan terdapat aduan dari peringkat negeri yang menunjukkan terdapat salah laku di kalangan ahli pertubuhan tersebut yang memberi kesan buruk terhadap parti.

Presiden PAS itu mendedahkan bahawa ahli-ahli PasMa telah melancarkan kempen terhadap ahli PAS supaya tidak menghadiri mesyuarat parti dan pihaknya sedang menunggu laporan penuh mengenai aduan-aduan tersebut dari peringkat negeri.

"Itu kita kena dengar pengaduan dari mana-mana negeri. Majlis Syura Ulama buat kenyataan itu (keputusan melarang ahli PAS sertai PasMa) dan ikut fahaman saya kerana ada anggota PasMa yang berkempen supaya (ahli PAS) jangan pergi mesyuarat cawangan PAS.

"Ada (aduan) negeri dan sebab itulah Majlis Syura Ulama buat kenyataan itu. Kita akan tengok sejauh mana (tindakan)," katanya yang dipetik dari media arus perdana, baru-baru ini.

Lebih "pedas", Presiden PAS itu seolah-olah membayangkan penolakan yang jelas terhadap PasMa dengan mempersoal pertubuhan tersebut sebagai "spesis" yang tidak dikenali.

"Kita tak tahu lagi, kita pun tak tahu Pasma ini dari spesies mana," katanya menyindir pertubuhan yang kononnya membawa pembaharuan politik PAS, tapi sering memburuk-burukkan parti itu.

Abdul Hadi dalam kenyataannya turut membidas Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi, dan menyifatkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu sebagai gagal memahami perlembagaan parti berhubung kedudukan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat.

Phahrolrazi dan Ahli Parlimen (PAS) Shah Alam, Khalid Samad, sebelum ini mendakwa Majlis Syura Ulama tidak berhak membuat keputusan berhubung PasMa berbanding Jawatankuasa PAS Pusat.

Kata mereka, Jawatankuasa PAS Pusat merupakan badan eksekutif parti dan hanya badan itu yang layak menentukan pendirian parti berhubung keterlibatan ahli PAS di dalam PasMa.

Menurut perlembagaan PAS, Majlis Syura Ulama merupakan badan tertinggi yang berkuasa memutuskan dasar dan halatuju parti, manakala Jawatankuasa PAS Pusat pula merupakan badan eksekutif yang diberi tugas melaksanakan dasar atau ketetapan yang diputuskan badan tertinggi parti itu.

Presiden PAS itu turut menegaskan bahawa kedudukan Phahrolrazi dan Khalid yang mempertikai keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu bergantung kepada aduan dari PAS di peringkat negeri.

Sehingga kini, Pesurujaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar dilihat masih berdiam diri meskipun Timbalannya terang-terangan mengepalai PasMa sebagai presiden pertubuhan tersebut. -Amir Hamzah/UtaraNews.com

Read More

Kes Tuntut Cerai Nurul Izzah: Suami Enggan Lafaz Taklik!

KUALA LUMPUR - Suami kepada Nurul Izzah Anwar enggan menceraikan isterinya yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai kerana masih menyayanginya dan ingin menyelamatkan perkahwinan mereka.

Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas kesnya disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Ab Malek Awang.

"Saya tidak bersetuju menceraikan isteri kerana masih sayangkannya dan anak-anak," katanya yang kelihatan sugul selepas prosiding itu.

Prosiding kes itu yang berlangsung dalam masa 40 minit turut dihadiri isterinya, Nurul Izzah.

Terdahulu, peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir memaklumkan, Hakim Syarie Ab Malek hari ini mensabitkan wujudnya 'Shiqaq' atau perbalahan berpanjangan dalam perkahwinan itu berdasarkan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Azmi berkata mahkamah juga menasihatkan defendan (Raja Ahmad Shahir) untuk melafazkan cerai, namun anak guamnya itu tidak bersetuju dan memasukkan bantahan terhadap laporan JKP tersebut hari ini atas alasan laporan berkenaan ringkas dan tidak lengkap.

"Laporan daripada pengerusi JKP tidak menyatakan secara terperinci masalah rumah tangga yang dihadapi pasangan itu," katanya.

Peguam syarie itu berkata pihaknya juga memohon supaya diadakan satu lagi perbincangan JKP yang baharu tetapi ia dibantah oleh peguam Nor Mawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah.

Azmi berkata mahkamah kemudiannya menerima bantahan daripada pihak plaintif (Nurul Izzah) dan menetapkan 8 Dis depan untuk lantikan 'Hakam'.

'Hakam' adalah sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh mahkamah untuk menasihati suami melafazkan talak tetapi sekiranya suami masih enggan maka 'Hakam' tersebut akan melafazkan talak bagi pihak suami.

Nurul Izzah, 34, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari.

Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Nurul Izzah yang enggan mengulas mengenai kemelut rumah tangganya hanya berkata: "Terima kasih kerana menghormati privasi saya". - BERNAMA

Read More

Harakah Kini Beralih Arah Jadi Lidah Rasmi PKR?


Tindakan Harakah yang menyiarkan laporan berhubung Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di muka depan akhbar itu dipersoal sama ada akhbar tersebut merupakan lidah rasmi PAS atau kini berubah menjadi lidah rasmi PKR.

Harakah dalam keluaran terbarunya memaparkan tajuk besar, "Fitnah 2 Untuk Pecahkan Pakatan" dengan gambar Anwar terpampang menghiasi muka depan akhbar rasmi PAS itu.

Tindakan Harakah itu dibandingkan dengan akhbar Sinar Harian yang lebih memilih tajuk gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu keputusan Majlis Syura Ulama PAS tidak dipertikai oleh mana-mana ahlinya.

Persoalan tersebut diajukan oleh sebuah laman fanpage di Facebook pro-PAS, El-Haraki, yang dilihat condong mempertahankan kedudukan golongan ulama di dalam parti tersebut dan menghentam kewujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

"Apakah perbezaan di antara akhbar Sinar Harian & Harakah ini?

"Sinar Harian (muka depan), Muka depan yang memaparkan kenyataan Tuan Guru Presiden. Harakah (muka depan), Muka depan yang memaparkan kenyataan berkait Anwar Ibrahim.

"*Jangan pula macai mengatakan itu "UG" dan ini "UG" kerana akhbar Sinar Harian memaparkan kenyataan Tuan Guru Presiden. Tetapi apa yang berlaku kemungkinan besar adalah mereka juga sudah bersiap sedia bersama Kepimpinan Ulamak," kata admin yang mengendalikan laman sosial tersebut.

Ekoran kelantangan El-Haraki menghentam PasMa dan golongan liberal di dalam PAS, laman fanpage tersebut dituduh sebagai "ajen UMNO" oleh segelintir penyokong parti itu yang seolah-olah "kepanasan".

"Alheraki agen umno puiii..," kata seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Gadafie Harmain.

Sebelum ini, El-Haraki dilihat aktif membuat liputan Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang menyaksikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan golongan bukan ulama di dalam parti itu dibidas bertalu-talu oleh majoriti perwakilan.

Selain itu, dalam mempertahankan Presiden PAS, El-Haraki lebih banyak dilihat memberi fokus kepada sokongan moral kepada Abdul Hadi yang berdepan tindakan khianat rakan sekutu parti itu, PKR dan DAP. -Amir Hamzah/UtaraNews.com

Read More

Banjir: 568 Lokasi Risiko Di Kedah Dipantau Bomba

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah membuat persiapan rapi dari segi logistik dan keanggotaan bagi memantau 568 kawasan berisiko banjir ekoran hujan tidak menentu di negeri ini.

Pengarahnya, Ahmad Shahabuddin berkata pihaknya menyediakan Pelan Tindakan Kontigensi Bencana Banjir untuk dijadikan panduan dan rujukan bagi menghadapi fenomena itu dan mekanisme tindakan bencana banjir juga dilaksanakan bagi memastikan tindakan operasi dapat dilaksanakan dengan terancang.

“Kita juga memantau semua aset dan kelengkapan supaya berada dalam keadaan terbaik untuk digunakan semasa operasi nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan JBPM Negeri Kedah di sini hari ini.

Katanya antara daerah yang dikenal pasti berisiko banjir ialah Langkawi (43 kawasan), Kubang Pasu (149), Sik (33), Bandar Baharu (22), Pendang (85), Yan (27), Kulim (24), Baling (97), Kota Setar (23), Padang Terap (22), Kuala Muda (37) dan Pokok Sena (6).

Ahmad berkata selain peralatan, pasukan khas seperti Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (Storm), Pasukan Kemahiran Pelbagai (Must) dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku semasa operasi banjir nanti.

“Kita juga menyiapsediakan 26 anggota PPDA, tujuh anggota Storm dan 26 anggota Must dan boleh dikerahkan bertugas pada bila-bila masa yang diperlukan.

“Selain itu, kita telah menambah 10 unit bot aluminium oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sehingga kini JBPM Kedah mempunyai 58 unit jenis pengangkutan air iaitu bot aluminium besar (14), bot aluminium kecil (18), bot gentian kaca (6), bot kevlar (2), bot getah (1), jet ski (6), bot penyelamat (1) dan bot MKN12F V shape (10),” katanya.

Katanya dari segi persediaan anggota pula, kesemua 717 anggota bomba di seluruh negeri telah diberi latihan dan penerangan secukupnya berkaitan aktiviti menyelamat serta memindahkan mangsa yang terjejas. – BERNAMA

Read More

Tauke (Jambu) Keluar Kata Kesat Untuk "Ajar" Pengguna Laman Sosial

Gambar dengan seorang wanita ketika program Super Spontan yang menimbulkan kontroversi apabila Tauke digelar kaki perempuan.
Pelawak Tauke (Jambu) menganggap tindakannya membalas komen pengikut Instagram miliknya dengan kata-kata kesat adalah sebagai memberi pengajaran kepada individu berkenaan.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 38, berkata, dia berbuat demikian kerana merasakan sikap pengikut tersebut keterlaluan apabila memberi komen yang disifatkan menjatuhkan maruahnya.

"Saya sedar sebagai selebriti perkara tersebut agak sensitif, namun bagi saya biarlah orang pandang buruk kepada saya asalkan individu tersebut tidak mengulangi perbuatannya itu.

"Jika saya tidak berbuat demikian, mungkin dia akan terus berani memberi komen negatif kepada orang atau artis lain pula. Saya harap pengikut yang lain juga lebih menghormati hak dan privasi seseorang artis," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Selasa.

Tauke berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya membalas komen seorang individu yang menuduh dia sebagai 'kaki perempuan' gara-gara memuat naik gambar bersama seorang wanita tidak dikenali.

Perkara tersebut membuatkan pelawak itu berang dan membalas dengan perkataan yang agak kasar sehingga menimbulkan rasa kurang senang terhadap pengikutnya yang lain.

Dalam pada itu, Tauke berkata, dia berani menulis kata-kata kesat berikutan individu yang menulis status itu tidak mendedahkan identiti sebenar dirinya dan akaun itu diwujudkan juga adalah bertujuan memburuk-burukan seorang artis.

"Saya tengok akaun dia memang akaun palsu yang sengaja dibuat untuk mengutuk dan membuat fitnah sebab itu saya sengaja beri dia kata-kata begitu.

"Kita sendiri tidak tahu individu itu siapa, jadi sesuai sangatlah dia kena marah begitu, sebelum ini akaun yang sama juga selalu komen negatif di Instagram artis-artis lain," ujarnya.

Sementara itu, Tauke menjelaskan bahawa wanita dalam gambar tersebut merupakan salah seorang kru yang terlibat menjayakan program Super Spontan minggu lalu. -mStar

Read More

OPs Gempur Aurat Dilancar!

KOTA BHARU - Operasi Gempur Aurat yang dilancarkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) membuktikan keseriusan MPKB-BRI menangani isu aurat, khususnya melibatkan peniaga di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita MPKB-BRI, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, operasi bermula September sehingga Disember 2014, diadakan berikutan ramai dikesan mula leka dengan peraturan dikeluarkan sebelum ini.

“Ia bukan perkara baharu, malah pekeliling di bawah Arahan Mematuhi Etika Berpakaian sudah dikeluarkan sebelum ini, namun bila kita lihat ada peniaga yang bagaikan leka dan mula mengabaikan peraturan tersebut, penguatkuasaan semula perlu dilakukan.

“Operasi Gempur Aurat dan kompaun maksimum RM500 yang dikenakan kepada peniaga yang melanggar arahan ini, diharap akan menjadi pengajaran, sekali gus mengingatkan mereka kewajipan menutup aurat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Menurutnya, sehingga kini operasi berkenaan sudah diadakan secara menyeluruh di lokasi tumpuan orang ramai seperti pasar raya dan pasar malam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Ropein Hassan berkata, sejak operasi tersebut dilancarkan, sebanyak 34 kompaun dikeluarkan MPKB-BRI terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

Menurutnya, tidak timbul isu tidak tahu kerana segala peraturan dan syarat sudah dijelaskan sebelum peniaga mendapatkan lesen perniagaan daripada MPKB-BRI.

“Penghujung 2013, semua peniaga diwajibkan menghadiri kursus perniagaan mengikut perspektif Islam yang diadakan secara berperingkat-bagi memaklumkan kepada mereka mengenai Undang-Undang Kecil MPKB,” katanya.

Sehingga kini lebih 3,000 peniaga telah mengikuti kursus berkenaan dan kira-kira 10,000 dalam proses serta sedang menunggu giliran. -Sinar Harian

Read More

Sah! Wanita Malaysia Terbang Ke Turki, Nikah Anggota IS

MELAKA - Seorang  aktivis keagamaan wanita terbang ke Turki untuk berkahwin dengan militan Negara Islam (IS) selepas hanya seminggu berkenalan di laman sosial September lalu.

Bapa wanita yang berusia 56 tahun membuat laporan polis dan memberitahu beliau telah melihat gambar berkaitan dengan senjata, kelengkapan militan dan aktiviti berkaitan keganasan di dalam komputer riba milik anaknya itu.

Tambah lelaki itu, anaknya hilang pada 29 September selepas mengenali seorang lelaki, yang berasal dari Johor.

Sementara itu, saudara wanita itu berkata, pasangan tersebut mula mengenali antara satu sama lain pada September lalu.

Wanita itu memberitahu keluarganya bahawa dia mahu berkahwin di Turki dan bapanya telah membuat laporan polis pada 30 September lalu, malah lelaki terbabit telah memasukkan duit RM6,000 dalam akaun anaknya untuk membeli tiket penerbangan ke Istanbul.

Dia juga memberitahu keluarganya bahawa tarikh penerbangan pada 8 Oktober dan lelaki tersbut akan bertemu dengan keluarga pengantin di Seremban sebelum berangkat.

Bagaiamanapun, mereka berdua tidak muncul pada 2 Oktober seperti yang dijanjikan.

Dan selepas itu, bapa wanita itu membuat laporan polis buat kali kedua.

Tambah saudara wanita terbabit, kelakuan aktivis itu mula berubah secara mendadak selepas menyertai sebuah kumpulan keagaamaan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur tahun lalu.

"Dia mula memakai niqab dan menyembunyikan dirinya. Malah banyak masanya dihabiskan di internet," jelasnya.

Dalam pada itu, sumber polis berkata, laporan tersebut merupakan yang pertama diterima daripada ahli keluarga yang berkaitan dengan kumpulan militan di negara Timur Tengah.

Pada  14 Oktober lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, setakat ini tiada laporan daripada ahli keluarga wanita yang pergi ke Timur Tengah untuk menjadi 'teman wanita' IS. -mStar

Read More

Guru Agama Bertopeng Syaitan, Upah "Handphone" Tutup Dosa Rogol

Jakarta - Berselindung di sebalik imejnya sebagai guru agama, seorang lelaki dipercayai memperkosa sehingga hamil seorang gadis yang masih remaja sejak 2012.

Lebih parah, jenayah itu turut dilakukan bersama bapa mangsa.

Pegawai polis Pelabuhan Tanjung Perak, Muhammad Aldi Sulaiman berkata, guru agama itu dikenali sebagai Agus Jurianto, 50, yang bertugas di Sekolah Kristian Surabaya.

Berdasarkan keterangan diperoleh, katanya, Agus melakukan perbuatan terkutuk itu tiga kali dan dibuat di dalam kawasan sekolah.

“Ayah mangsa pula memperkosa anaknya di rumah mereka,” katanya.


Muhammad Aldi berkata, guru agama itu membelikan telefon bimbit sebagai ‘upah’ bagi menutup mulut mangsa.

Pelajar terbabit dibawa bertemu polis oleh seorang aktivis masyarakat yang dimaklumkan mengenainya.

“Kedua-dua suspek ditangkap, manakala mangsa ditempatkan di pusat perlindungan,” katanya. – Agensi

Read More
Newer Posts Older Posts Home