"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Saturday, 1 November 2014

Anggota Polis Mahu Seluar Dalam Jika Ingin Dilepaskan

Houston – Seorang anggota polis ditahan selepas dia didakwa menawar untuk melepaskan seorang wanita yang didakwa melakukan kesalahan sekiranya dia dibenar mencium kaki wanita itu.

Patrick Quinn, 26, dilapor menahan kereta wanita itu pada Ogos lalu kerana insurans kenderaan itu tamat tempoh.

Quinn memberitahu wanita itu dia terbau ganja di dalam kereta berkenaan. 

Wanita itu menafikannya.

Anggota polis itu kemudian melakukan pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut sementara wanita itu menunggu di dalam kereta peronda.

Quinn didakwa memberitahu wanita itu mengenai kegemarannya mencium kaki wanita dan menawar melepaskannya jika dia dibenar mencium kakinya.

Dia juga memberitahu mangsa mengenai keinginan menjilat kaki itu, menurut penolong pendakwa raya Daniel Werlinger.

Wanita itu menanggalkan kasutnya tetapi Quinn mengubah fikiran.

“Dia memberinya satu lagi pilihan. Memandangkan wanita itu memakai skirt, Quinn menawar melepaskannya jika dia memberi seluar dalamnya,” kata Werlinger.

Dia melepaskan wanita itu tanpa mencium atau menjilat kaki wanita berkenaan.

Wanita itu membuat laporan polis dan penyiasat mengenal pasti Quinn menerusi kesan jari pada kad insurans mangsa.- Agensi

Read More

Hotel Berhantu: Kejadian Aneh Menggerunkan Pengunjung



Australia - Sejak seminggu dua ini, lebih banyak penemuan hantu dijumpai di serata dunia. 

Terkini, sebuah hotel pub terkemuka di Australia telah mengalami banyak kejadian aneh dan peristiwa yang agak menakuktkan.

Hotel Carlisle Castle di Sydney terletak ditengah-tengah bandar itu didakwa telah dipenuhi oleh hantu. 

Para pekerja hotel berkenaan telah memberitahu kepada media bahawa peristiwa aneh seperti paip air yang terbuka sendiri, botol dan gelas dibaling ke lantai dan bermacam-macam lagi adalah benar.


Rakaman CCTV juga menjadi satu bukti untuk pengesahan mistik itu. Pemilik pub, Peter Bradbury kelihatan agak risau. Selain itu, Bradbury juga memberitahu bahawa hantu di situ gemar terhadap wain(arak) merah.

“Ini semua sangat pelik. Saya tidak tahu bila sebenarnya hantu ini menapak di kedai ini. Saya bertambah terkejut kerana dapat melihat botol wain terjatuh dari rak.
"Wain merah seolah-olah menjadi pilihan hantu. Saya masih mencari siapa-siapa yang dapat menghalau hantu ini,” ujar Bradbury kepada media

Pihak polis telah menerima aduan daripada pemilik hotel berkenaan. Namun, kes masih lagi disiasat sehingga kini. -Agensi

Read More

Zizan Beli Rumah Jutaan Ringgit Untuk Emma Maembong?

Korang semua tahu kan Zizan Razak sekarang tengah hangat bercinta dengan Emma Maembong.., cerita yang Miss A nak cerita kat korang ni pun hangat jugak tau..

Baru-baru ni Miss A ada terdengar yang Zizan nak beli rumah.., dan rumah yang dia nak beli ni Miss A rasa bukan rumah biasa jee.. Rumah mewah tau..

Sebelum ni, kita pun tahu yang Zizan telah menghadiahkan ibu bapanya sebuah rumah di Terengganu. Haa.. ni nak beli rumah nak hadiah kat siapa pulak? Untuk Emma sebagai hadiah kahwin ke?


Gosip ini timbul kerana terdapat screenshot perbualan WhatsApp Voicemail milik seorang agen hartanah. Perbualan antara Zizan dan agen tersebut mengenai pembelian sebuah rumah.

Yang paling penting kebanyakan rumah yang dijual oleh agen tersebut boleh dikategorikan sebagai rumah mewah tau..

Apapun, jika perkara ini betul, memang beruntung sungguh Emma sekiranya ditakdirkan menjadi isteri si Zizang ni.. -Miss A/UtaraNews.com

Read More

Lelaki Korek Kubur, Curi Mayat Bayi Dijadikan Mumia

Seorang penggali kubur bakal menghabiskan sisa hidupnya di rumah sakit jiwa selepas dia menggali kubur 29 mayat kanak-kanak . Dia juga turut mengubah mayat tersebut menjadi boneka mainan. 

Kejadian itu telah berlaku di salah sebuah daerah di Amerika Syarikat.

Suspek bernama Anatoly Moskvin, seorang ahli sejarah yang berpendidikan tinggi dan fasih bercakap 13 bahasa.

 Pihak polis telah menernui puluhan mumia gadis-gadis muda yang disimpan olehnya di dalam bilik tidur flat di mana dia tinggal bersama orang tuanya.

Menurut sumber yang enggan dikenali, dia menjelaskan bahawa Moskvin, 47, akan memakaikan mayat-mayat itu dengan stoking, pakaian ,seluar dan mengenakan gincu kewajah mereka. Selain itu, kotak muzik akan diletakkan di dalam tulang rusuk mayat tersebut.

Pihak polis bagaimanapun telah menahan Moskvin dan dia telah dihantar ke rumah sakit jiwa. Apabila dia ditangkap, maka penduduk setempat merasa selamat kerana tidak ada kubur yang digali selepas itu. -Agensi

Read More

Walau Pemilik Cafe Ini Bukan Beragama Islam, Mereka Wajar Dipuji!


SEBUAH kafe di Australia, Seven Mile Beach menggunakan cara yang unik dalam usaha untuk menanam nilai-nilai murni dalam diri masyarakat yang semakin pupus dari hari ke sehari.

Mereka meletakkan papan tanda di hadapan kedai mengatakan hanya sebanyak $4.00 akan dikenakan sekiranya pelanggan mengemukakan pesanan dengan berkata, “good morning, a coffe please” dan $4.50 jika pelanggan mengungkapkan frasa “a coffee please”.

Namun, $5.00 bakal dikenakan bagi secawan kopi jika mereka mengungkapkan “a coffee” sahaja.

Tujuan utama pemiliknya, Kev Chilver dan Kylie Pickett berbuat demikian adalah untuk menggalakkan sikap berbudi bahasa yang semakin terhakis di kalangan masyarakat masa kini.

Mereka mengaplikasikan cara pemasaran sebegitu ketika salah seorang pekerja pernah melihat papan tanda seperti itu di sebuah kafe lain yang sekali gus memberi idea kepada pasangan suami isteri ini untuk mempratikkannya pula di premis perniagaan mereka. 


Sumber asal: Mynewshub.cc

Read More

Artis Wanita Dikecam Munafik Gara-Gara Kembali Tak Pakai Tudung!

Kalau Miss A sebut nama Marshanda, mesti korang kenal kan ? Alaaa, yang pelakon sinetron Indonesia tuu.. Kalau tak silap Miss A, dia pernah berlakon dalam “Putri Yang Terbuang” yang selalu ditayangkan waktu petang-petang di tv3 dulu..

Miss A dapat tahu Marshanda telah dikecam oleh masyarakat islam disana kerana dia dikatakan telah kembali tidak bertudung selepas bercerai dengan suaminya, Ben Kasyafani.

Marshanda dikatakan telah memuat naik beberapa fotonya yang tidak mengenakan hijab di laman sosial Instagram miliknya.

Ni yang Miss A tak faham dengan si Marshanda ni.. Miss A tengok dia ni lagi comel kalau bertudung.. ni bila cerai ja terus bukak tudung pelik betul.. Ramai antara peminat Marshanda turut berasa sedih dengan imej baru dia..

Banyak laa, komen-komen yang Miss A baca.., ada yang marah, ada yang keji, maki hamun, ada yang bersetuju, ada yang puji dia bukak balik tudung, macam-macam lah komen yang Miss A jumpa.. Siap ada yang kata, si Marshanda nie munafik laa..

Miss A ni bukan la peminat setia Marshanda.., tapi dalam kategori peminat biasa je, Miss A suka tengok gambar-gambar anak dia. Masa dapat tahu dia dan Ben nak bercerai sedih jugak.

Bila dia bercerai, lagi bertambah sedih bila dapat tahu dia buka tudung balik. Miss A harap Marshanda akan kekal istiqamah selepas ini sekiranya ingin kembali bertudung.. Miss A/UtaraNews.com

Read More

Casonova Maut HIV, Kenapa 40 Wanita Panik Habis?!

BERPULUH-PULUH wanita panik dengan kematian seorang lelaki di Bucharest, Romania apabila mengetahui lelaki terbabit meninggal dunia kerana dijangkiti virus HIV!

Menurut laporan mirror.co.uk, kira-kira 40 wanita menjalani ujian darah di sebuah bandar di daerah Dolj kerana pernah mengadakan hubungan dengan lelaki itu, yang merupakan seorang kasanova.

Dipercayai, Daniel Decu mengetahui status kesihatannya namun merahsiakan daripada orang lain, namun diketahui selepas dia mati apabila pihak hospital menjalankan bedah siasat.

daniel kasanova
Daniel Decu, kasanova yang mati kerana HIV dikatakan merahsiakan penyakitnya menyebabkan berpuluh-puluh temanwanitanya kini dilanda ketakutan.

Bekas-bekas teman wanita Daniel yang mengetahui hal ini menjadi berang dan menyerang tempat pengebumian.

Doktor yang menjalankan bedah siasat mendakwa terpaksa mendedahkan perkara ini kepada umum, sebagai peringatan kepada wanita-wanita yang menjalinkan hubungan dengan Daniel sebelum ini.

Bagaimanapun, doktor mendakwa ibu Daniel kini ingin menyamannya kerana mendedahkan rahsia kesihatan anaknya.

Tempias turut dirasai oleh doktor peribadi keluarga Daniel, Dr. Corner Stanciu. Dia tahu tentang Daniel dijangkiti HIV dan berusaha untuk memulihkannya kerana anak gadisnya yang berusia 24 tahun turut menjalinkan hubungan dengan Daniel.

Aids adalah satu-satunya penyakit yang tertakluk di bawah undang-undang Romania. Jika sesiapa yang mengetahui mengidap penyakit itu dan didapati memindahkan virus kepada orang lain, boleh dipenjarakan antara lima hingga 15 tahun.

Undang-undang itu bagaimanapun tidak meminta pesakit memberitahu pasangannya tentang penyakit yang dihidapi, cukup sekadar mengamalkan seks yang selamat.

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Azmin Lebih Bagus Dari Isteri Anwar...

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dilihat lebih layak menjadi pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berbanding Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan penyandang jawatan Presiden parti itu.

Menurut Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Jayum Jawan, Wan Azizah tidak memiliki kebolehan memimpin dan itu menjadikan Azmin lebih relevan dijadikan pemimpin tertinggi PKR.

"Kita tahu Presiden PKR adalah Datuk Seri Wan Azizah, tapi beliau bukanlah pengemudi PKR. Wan Azizah tidak lagi relevan kerana beliau tidak mempunyai kebolehan memimpin.

"Beban itu akan jatuh ke bahu Azmin yang mengisi posisi timbalan presiden," kata penganalisis politik itu yang dipetik dari media arus perdana, baru-baru ini.

Namun begitu, Jayum menegaskan bahawa Azmin hanya boleh memimpin dengan aman tanpa sebarang gangguan sekiranya dia mempunyai hubungan yang baik dan ikhlas dengan beberapa "taiko" PKR yang lain seperti Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli.

"Beliau dinasihatkan menghulur tangan kepada pimpinan tertinggi dalam PKR seperti Saifuddin Nasution Ismail, Rafizi Ramli dan beberapa lagi.

"Dengan cara ini, beliau akan memimpin dengan tenang," katanya mengulas sekiranya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan bersalah dan "disumbat" ke penjara semula.

Ketika kemelut Menteri Besar Selangor sedang hangat berlangsung, Anwar dan kroni-kroni kepimpinannya dalam PKR menegaskan hanya isterinya Wan Azizah sahaja yang layak memimpin Selangor.

Anwar mendakwa isterinya itu memiliki sifat kepimpinan yang sangat tinggi meskipun pendirian itu bertentangan dengan pandangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan Wan Azizah tidak berkebolehan menjadi seorang pemimpin.

Selain itu, Azmin turut menjadi mangsa serangan "tukang-tukang bodek" Anwar apabila mereka dilihat cuba memperlekeh Timbalan Presiden PKR itu dan memberi amaran supaya Menteri Besar Selangor itu menarik diri sekiranya terpilih ke jawatan nombor satu di negeri itu.

Sejak kemelut Menteri Besar Selangor berlaku dan meskipun kini telah selesai, kemelut di antara PAS dengan PKR dan DAP masih lagi belum berakhir, malah semakin meruncing hingga menyebabkan berlaku pepecahan serius di dalam PAS.

Difahamkan golongan pro-Anwar di dalam parti Islam itu semakin menunjukkan belang masing-masing di mana mereka secara terbuka menunjukkan taat setia terhadap Anwar berbanding kepada Abdul Hadi.

Ekoran itu, beberapa pemimpin PAS seperti Adun parti itu di Selangor, Hasnul Baharuddin dan Saari Sungib, dilabel sebagai "barua" dan "broker" oleh Presiden PAS serta penyokong pro-ulama parti tersebut. -Amir Hamzah/UtaraNews.com

Read More

Kakitangan Hospital Sibuk Selfie, Tak Sedar Dedah Punggung Pesakit?

Kegilaan selfie sesetengah orang memang dah tahap melampau, sampai kadang-kadang tak terfikir tentang kesesuaian keadaan langsung.

Yang mereka tahu, ‘para peminat’ yang follow mereka di laman sosial mesti di update apa sedang mereka lakukan, apa yang dipakai dan bagaimana rupa wajah mereka waktu itu.

Atas sebab itu, seorang pekerja di sebuah hospital dikecam di laman sosial.

Mana tidaknya, gara-gara teruja sangat nak selfie, dia telah memuat naik gambar yang menampakkan punggung pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.

Gilalah, dibuatnya kena saman dengan pesakit tu baru tahu!

Agaknya cik kak ni terlalu fokus tang muka dia kot, sampai lupa nak tengok juga keadaan di belakangnya tu sesuai ke tidak untuk dikongsikan di laman sosial yang pasti akan dilihat ramai orang.

Lagi pun tak silap kami, bukankah telefon bimbit tidak boleh digunakan dalam bilik rawatan apatah lagi sewaktu kerja?

Apa pun harap-harap selepas ini, pemilik wajah dalam status Facebook di atas akan insaf hendaknya, dan tidak lagi selfie di waktu kerja.

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Cikgu-Cikgu Kini Dilarang Berniaga Online Berkuatkuas Serta Merta

Bukan rahsia lagi, guru antara golongan yang amat rajin menjadikan perniagaan sebagai kerjaya sampingan.

Daripada berniaga kecil-kecilan seperti menjual kain pasang pada rakan-rakan guru lain sampailah menyertai jualan langsung, semua ini tak asing lagi dalam kalangan pendidik Malaysia.

Terbaru, golongan guru ikut sama memeriahkan cabang perniagaan atas talian (online) yang semakin meriah kerana mudah dikendalikan terutama menggunakan laman sosial.

Bagaimana pun dukacita dimaklumkan, pekeliling yang diedar oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 20 Oktober 2014 lalu memaklumkan, semua pegawai pendidikan adalah dilarang sama sekali untuk menjalankan perniagaan secara online atau melalui media sosial.

Hal ini kerana ia melanggar peraturan pegawai awam iaitu melakukan kerja luar dibawah akta kelakuan dan tatatertib 1993.

Sehubungan itu, pegawai atasan telah diberi tanggungjawab untuk melakukan pemantauan dan melaporkan mana-mana pegawai pendidikan yang melanggar peraturan tersebut.

Tentu ini berita menyedihkan buat guru yang dah mula seronok berniaga secara online dan dikenali pelanggan.

Tapi tak apalah, tentu kajian sudah dijalankan dan ada sebab mengapa larangan ini dikuatkuasakan.
Lagi pula cabang rezeki kan banyak, yakinlah jika satu ditutup pasti ada jalan lain terbuka..
Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Video Kisah Benar: Bayangkan Anda Ditempat Pasangan Bekas Kekasih Ini...


Melalui artikel yang bertarikh 21 Oktober lepas, satu gambar tersebar luas mengenai kejadian unik yang berlaku di Sulawesi Selatan, Indonesia.

Diberitakan, seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Risna, 22 tahun hadir ke majlis perkahwinan bekas teman lelakinya, Rais.

 Ketika sesi bersalaman dengan pengantin, satu ‘drama’ berlangsung apabila Risna dan Rais berpelukan dan bercucuran air mata. Ya, persis tajuk lagi Pelamin Anganku Musnah dendangan penyanyi Azie tau!

Hari ini, rakaman video majlis perkahwinan tersebut yang berdurasi 1.29 minit pula menjadi viral di laman sosial dan Youtube.

Ketika kedua-dua mempelai sedang bersalaman dengan para jemputan, tiba-tiba sang mantan kekasih, Risna muncul. Situasi pada awalnya terkawal apabila dia bersalaman dengan pengantin perempuan.

Namun, senario bertukar 360 darjah apabila dia berhadapan dengan Rais. Ketika sedang bersalaman, secara tiba-tiba Risna memeluk Rais dan hadirin termasuk pengantin perempuan kelihatan mengalirkan air mata.

Tertanya-tanya juga, apa yang ditangisi mereka? Adakah simpati terhadap pengantin perempuan yang diperlakukan sedemikian rupa ketika hari persandingannya, atau kisah percintaan tak kesampaian antara Risna dan Rais?


Menurut sumber, lamaran yang dibawa keluarga Rais ditolak dengan pelbagai alasan oleh keluarga Risna, mengakibatkan cinta mereka terhalang. Kesian kan?

Cuba bayangkan kalau kes seperti ini terjadi di Malaysia? Rasa-rasanya ada tak adegan tarik tudung antara pengantin perempuan dan bekas teman wanita?

Read More

Naluri Seorang Ibu...

JOHOR BAHRU - Naluri seorang ibu yang secara tiba-tiba pulang ke rumah untuk membawa keluar anak bongsunya makan menyelamatkan kanak-kanak itu apabila kediaman yang dihuni mereka sekeluarga di Jalan Baiduri 7 Ulu Tiram, di sini musnah dalam kebakaran, petang kelmarin.

Sarimah Mohd Noor, 46, berkata, pada kebiasaan anak bongsunya, Muhammad Zulfakar Ali Mohamed, 12, ditinggalkan bersendirian kerana dia bekerja sebagai kerani di sebuah kilang di Taman Perindustrian Desa Cemerlang.

Bagaimanapun menurutnya, pada hari kejadian dia mengheret anaknya keluar mengikutnya ke kedai makan di Pekan Ulu Tiram, meskipun anak kesayangannya itu enggan mengikutnya.

“Saya tak dapat nak cakap apa perasaan saya, selain bersyukur kerana Tuhan selamat dan melindungi anak saya lagi.

“Saya tak pernah bawa keluar anak makan pada hari bekerja kerana saya hanya akan tinggalkan makanan yang akan dijamahnya selepas pulang dari sekolah.

“Bagaimanapun pada hari itu saya tergerak hati hendak makan bersamanya dan walaupun dia enggan mengikut saya, tapi saya tetap mendesak dan mengheretnya ke dalam kereta supaya menemani saya yang belum menjamah makanan sejak dari pagi,” katanya kepada pemberita yang melakukan lawatan bersama pemimpin masyarakat ke kediamannya, di sini, semalam.

Hadir sama, Pegawai Khas Menteri Besar, Tan Cher Puk; Wakil Ahli Parlimen Tebrau, Ng Yew Aik dan Ahli Majlis Zon Tiram Bandar yang juga wakil Adun Tiram, Nor Azhar Abdul Hamid.

Sarimah berkata, sebaik dihubungi jiran selepas kurang 10 minit meninggalkan rumah, dia bergegas pulang dan begitu luluh hatinya apabila melihat rumah yang dihuninya sejak lebih 21 tahun sedang marak dijilat api.

Menurutnya, lebih memilukan apabila kediaman yang telah selesai pinjaman bank itu lebih 11 tahun lalu menyimpan seribu kenangan bersama arwah suami yang telah pergi dahulu lebih lima tahun lalu.

“Saya dan tiga lagi anak sekarang ini menumpang di rumah pakcik dan agak buntu apabila tidak lagi dilindungi insurans kerana pinjaman telah habis dijelaskan sejak lebih 11 tahun lalu, sedangkan rumah saya musnah.

“Saya percaya kebakaran ini berpunca daripada litar pintas selepas anak saya mengaku tidak memasak. Jiran  nampak api mula membakar di bahagian tengah rumah,” katanya.

Sementara itu, Cher Puk berkata, pihaknya akan berusaha membantu membaikpulih kediaman Sarimah yang telah musnah melalui Yayasan Penyayang Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Ahli Parlimen Tebrau, Khoo Soo Seang dan Adun Tiram, Datuk Maulizan Bujang serta Pegawai Daerah Johor Bahru, Amran A Rahman.

“Kita akan bantu membaikpulih kediaman yang musnah ini memandangkan dia (Sarimah) merupakan seorang ibu tunggal dan rumahnya tidak lagi dilindungi insurans selepas ansuran bulanan rumahnya sudah habis dibayar.

“Jadi saya juga ingin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati kerana walaupun ansuran sudah habis dibayar, kalau boleh sediakan insurans yang boleh melindungi kediaman masing-masing,” katanya.

Kunjungan pemimpin tempatan, semalam turut menyerahkan sumbangan berupa wang tunai kepada tiga mangsa yang terlibat dalam kebakaran, kelmarin.

Sumber: Sinar Harian

Read More

PasMa Tidak Diperlukan - Hanafiah Mat

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat mendakwa hampir seluruh rakyat Terengganu terutama penyokong Pas menolak Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Menurutnya, kesemua mereka faham hanya Pas yang bersama-sama PR dan tidak perlu bergantung pada mana-mana saluran selain parti itu dalam menjayakan matlamat mengukuhkan PR di negara ini.

Beliau berkata, pendirian parti dalam Muktamar Tahunan Pas cukup jelas apabila Pas sebulat suara memutuskan bahawa parti itu tetap bersama PR dan tidak akan menjalin sebarang gabungan dengan Umno dan BN.

“Jadi, tiada sebab Pasma ini wujud. Kita anggap Pasma ini macam antah beras. Langsung tidak memberi ancaman kepada Pas, hanya kedengaran suara-suara sumbang sahaja,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Hanafiah menjelaskan bahawa di pihak Pas, ahlinya komited dengan perjuangan parti itu dan bersedia membantu dalam apa juga bentuk untuk membangunkan parti sama ada melalui tenaga, masa dan wang ringgit.

Mengulas mengenai PKR Terengganu yang mempunyai pandangan berbeza mengenai Pasma apabila mengalu-alukan badan bukan kerajaan (NGO) itu di negeri ini, Hanafiah tidak menolak keadaan itu berlaku kerana Pasma tidak menyerang kepimpinan PKR dan DAP.

Sebaliknya, pimpinan Pasma itu hanya menjadikan pimpinan Pas sebagai sasaran, sedangkan pemimpin NGO itu juga adalah ahli Pas.

“Dia hanya kritik pimpinan Pas sahaja. Kita pernah tanya Pasma kenapa dia tidak kritik kepimpinan PKR dan DAP tetapi dia tidak boleh jawab. Sebab itulah PKR alu-alukan sebab Pasma tidak kritik pemimpin mereka. Kalau Pasma kritik baru mereka tahu,” katanya.

Beliau turut yakin Pasma akan terkubur begitu sahaja kerana tiada alasan lagi Pasma ditubuhkan selepas Pas memuktamadkan bahawa parti itu tetap bergerak bersama PR.

Sedangkan Pasma diwujudkan kerana pihak terlibat tidak berpuas hati dengan pendekatan pimpinan utama Pas dalam krisis di Selangor dan sebagai satu platform kepada ahli-ahli parti itu yang mahu bersama-sama PR sekiranya Pas mengambil tindakan mengejut untuk keluar dari PR.

Sumber: Sinar Harian

Read More

Anda Pasti Samsung Anda Original? Cuba Periksa...

Ada pelbagai cara boleh digunakan untuk memeriksa sama ada peranti pintar anda original atau tidak.

Dalam artikel kali ini, ia khas untuk pengguna Samsung memandangkan ia merupakan jenama telefon pintar paling popular dan paling ramai diguna oleh rakyat Malaysia.

Bagi mereka yang mahir, mungkin dengan melihat aplikasi serta reka bentuk luaran sahaja boleh mengenal pasti sesuatu produk itu tulen atau pun tiruan.

Apa yang pasti, ramai pengguna kurang arif hingga tertipu dengan set klon yang dijual oleh sesetengah premis tidak bertanggung jawab.

Jadi apakah cara paling mudah untuk memeriksa peranti anda sama ada original atau sebaliknya? Jom lihat di bawah.

1. Dail *#0*# dan paparan berikut akan dipaparkan.

Screenshot_2014-08-06-22-00-39

2. Kemudian sentuh sensor dan paparan berikut akan dipaparkan.

Screenshot_2014-08-06-22-01-39

3. Kemudian sentuh pada ‘IMAGE TEST’

Screenshot_2014-08-06-22-01-53

Keputusannya, jika gambar yang keluar merupakan gambar anak anjing seperti yang tertera di atas, maka set telefon Samsung anda adalah orginal. (Tahniah...)

Tapi jika keluar gambar selain dari gambar di atas maka besar kemungkinan peranti anda merupakan cap ayam. (Takziah...)

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

"Fridge Magnetic" Mampu Jadi Punca Kanser?


AUTA

Satu kajian daripada Universiti Princeton mendakwa pihaknya menemui kesan menakutkan apabila pelekat magnet peti sejuk boleh menyebabkan penyakit kanser.

Laporan itu dikongsikan beberapa blogger  serta fanpage terkenal yang mempunyai jutaan pengikut.

Walaupun sudah lima bulan kajian itu dibuat namun sehingga semalam masih ada pemilik akaun Facebook berkongsikan perihal penemuan kajian tersebut. Sehingga kini lebih 6,000 pengikut laman  Fanpage itu berkongsi laporan mengenai bahayanya pelekat magnet peti sejuk itu.

Laporan itu mendakwa makanan seperti ayam, daging, ikan dan sayuran yang disimpan di dalam peti sejuk itu akan dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet hasil daripada pelekat magnet yang diletakkan di pintu peti sejuk itu.

Malah, orang yang memakan makanan daripada peti sejuk itu berpeluang menghidap penyakit kanser apabila sel aktif hasil elektromagnet itu akan merebak secara senyap.


FAKTA

Menurut Pakar Sains Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Aminah Abdullah, fakta yang dikemukakan itu adalah palsu.

Beliau berkata, tidak mungkin pelekat magnet itu mampu menembusi pintu sesebuah peti ais dan mempengaruhi keadaan makanan di dalamnya.

“Pelekat hiasan yang hanya diletakkan di luar pintu peti ais, tidak mungkin boleh masuk dalam makanan.

“Apatah lagi keadaan suhunya yang sejuk menyukarkan makanan itu bertindak balas dengan faktor yang lain,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah mendengar penemuan seumpama itu dilakukan mana-mana universiti setakat ini.

“Saya harap orang ramai tidak mudah percaya dan menyebarkan perkara yang tidak sahih,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Read More

RM1.155 Juta Untuk Sekolah Tahfiz Di Sekitar KL

PUTRAJAYA – Sebanyak 22 sekolah tahfiz di Kuala Lumpur menerima bantuan kewangan Pakej Rangsangan Khas Sekolah Agama Rakyat berjumlah RM1.155 juta daripada Kementerian Pendidikan untuk tujuan pembangunan dan menaik taraf.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyerahkan peruntukan itu kepada wakil-wakil sekolah tahfiz berkenaan pada satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8(1) di sini, hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu, Tengku Adnan berkata proses menaik taraf infrastruktur di sekolah berkenaan akan dimulakan tahun depan.

Terdahulu, Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan menghias bilik darjah melibatkan 23 sekolah rendah dan menengah di Putrajaya sempena Bulan Kemerdekaan 2014. – BERNAMA

Read More

Tumbuk ADUN Kuala Perlis, Penjual Ikan Dipenjara 14 Hari

KANGAR - Seorang peniaga ikan dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM2,000 setelah didapati bersalah mencederakan Adun Kuala Perlis, Mat Hassan dua tahun lalu.

Majistret Norhayati Ibrahim memerintahkan Fauzi Yusof, 39, dihukum penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut fakta kes, Fauzi telah sengaja menyebabkan kecederaan kepada Mat Hassan di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis pada 8 September 2012 kira-kira jam 9.15 pagi.

Hukuman itu berkuat kuasa semalam setelah mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Norhayati melalui penghakimannya berkata, pihak pembelaan yang mengemukakan keterangan tertuduh cuba membela diri selepas diprovok juga tidak memenuhi pra syarat bagi tujuan itu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan yang boleh dihukum penjara sehingga setahun dan denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Fauzi yang diwakili dua peguam bela, Mohd Asrul Affandi Abdul Halim dan Mohd Hapiz Rajali memohon supaya hukuman penjara terhadap anak guamnya ditangguhkan.

Norhayati kemudian membenarkan hukuman itu ditangguhkan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 sementara menunggu rayuan mereka ke Mahkamah Tinggi.

Pada 8 September 2012, Sinar Harian melaporkan Fauzi yang mempunyai rekod ditahan polis telah menumbuk Mat Hassan gara-gara tidak berpuas hati dengan isu pasar.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, wakil rakyat itu bersama isterinya ketika kejadian berada di Kampung Seberang Tok Pi menghadiri satu majlis kematian.

Menurutnya, semasa beliau mahu pulang, datang seorang lelaki berusia 36 tahun memaklumkan peniaga-peniaga pasar di Kuala Perlis ada mengadu kepadanya mengenai jumlah pelanggan terjejas semenjak Pasar Burma dibuka.

"Mat Hassan kemudiannya memberitahu lelaki berkenaan agar memaklumkan peniaga pasar terbabit supaya datang berbincang mengenai masalah itu dengannya.

"Walaupun Adun itu meminta lelaki berkenaan memaklumkan perkara tersebut kepada para peniaga, lelaki terbabit masih bercakap mengenai masalah tersebut.

“Semasa Mat Hassan ingin bergerak pulang, suspek masih bising-bising dan tiba-tiba meluru ke arahnya serta melepaskan satu tumbukan di muka sehingga menyebabkan dia mengalami luka dan sakit di bawah mata pipi kirinya,” katanya. -Sinar Harian

Read More

Penjual Sate Fitnah Presiden Indonesia Dengan Gambar Lucah

JAKARTA -  Seorang penjual sate ditahan atas dakwaan memfitnah Presiden Joko Widodo atau Jokowi di laman sosial Facebook, menurut organisasi Teguh Samudra, semalam.

Lelaki berusia 27 tahun dikenali sebagai MA itu ditahan di rumahnya di Kramat Jati di timur Jakarta selepas organisasi terbabit memfailkan laporan polis mendakwa dia melanggar Undang-undang Pornografi dan Maklumat dan Undang-Undang Transaksi Elektronik (ITE).

"Dia mengambil gambar lucah dari internet dan menyunting gambar tersebut dengan meletakkan wajah Jokowi. Selain itu, dia juga menulis kata-kata kesat pada gambar berkenaan,"menurut peguam.

Menurut undang-undang, MA boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun jika didapati bersalah.

Difahamkan, dipetik dari Jakarta Post, MA memuat naik gambar itu sekadar untuk berseronok dan tidak mengetahui ia sebenarnya melanggar undang-undang.

Sumber: Sinar Harian

Read More
Newer Posts Older Posts Home