"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Wednesday, 17 September 2014

Pelakon Wanita Nafi Buat Pembedahan Plastik

Pelakon Yana Samsudin tidak tertekan dengan cakap-cakap orang yang masih lagi mempercayai berita kononnya dia telah melakukan pembedahan pada wajahnya.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 30, berkata, walaupun sudah berpuluh kali menafikan menjalani pembedahan itu, dia tetap dituduh cuba menyembunyikan hal berkenaan dan tidak bercakap benar.

"Saya tak kecil hati pun bila orang kata saya buat (pembedahan) muka. Nak buat macam mana, saya sudah jelaskan segala-galanya tetapi mereka tetap persoalkan wajah saya yang kononnya berubah.

"Tetapi saya mengakui, dari kecil sampai ke besar, muka saya berubah sedikit dari semasa ke samasa. Tetapi tidaklah ketara sangat. Bukan saya sahaja, adik saya pun begitu," katanya kepada mStar Online.

Pada awal Januari lalu, Yana dikatakan melakukan pembedahan plastik dengan mengubah wajahnya menjadi lebih tirus selain telah pembedahan memancungkan hidung.

Bagaimanapun pelakon filem Adnan Sempit Sawadikap itu menafikannya dan menjelaskan penggunaan pendakap gigi sejak November 2013 yang menyebabkan tulang rahangnya berubah.

Sementara itu, Yana memberitahu, dia tidak pernah mempercayai pembedahan plastik semata-mata untuk kecantikan kerana apa yang dilihat, wajah seseorang itu tidak akan berubah banyak seperti yang diinginkan.

"Berdasarkan pemerhatian saya, individu yang menjalani pembedahan plastik atau suntikan botoks  tidaklah menunjukkan perubahan wajah yang ketara.

"Dan saya pelik kenapa sesetangah wanita begitu obses mahu berbuat demikian. Sedangkan mereka tahu dengan risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang nanti," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, sebagai seorang wanita yang mementingkan kecantikan, Yana lebih senang menjalani rawatan kuntur wajah agar sentiasa kelihatan muda.

"Rawatan kuntur wajah adalah antara aplikasi kecantikan yang saya suka kerana membentuk wajah kita agar kelihatan lebih kemas.

"Selain itu saya juga mengamalkan pengambilan makanan tambahan serta ulam-ulaman. Itu sahaja," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Yana yang kini menjadi duta kepada produk kopi iaitu Super Food Marketing Sdn Bhd (SUPER), bersama aktor Izzue Islam kini sibuk dengan promosi jelajah di seluruh negara.

Yana akan berehat daripada lakonan selama sebulan bagi memberi fokus kepada promosi tersebut. -Mstar

Read More

Perwakilan Pemuda PAS Kecoh, Dedah Penipuan Dalam Pemilihan

Pengerusi Tetap Dewan Pemuda PAS Kamal Ashaari dibawa ke hospital kerana sesak nafas semasa Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor, malam ini yang bertukar kecoh ketika sesi meluluskan minit mesyuarat laporan tahunan Muktamar PAS ke-54. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 September, 2014.

Kota Tinggi – Persidangan Muktamar Pemuda PAS ke-55 semalam bertukar menjadi kecoh apabila beberapa perwakilan menyuarakan bantahan terhadap isu pemilihan yang dilakukan tahun lalu serta menyifatkan ia sebagai tidak sah kerana terdapat perwakilan di negeri Johor dibenarkan mengundi walaupun kawasan tersebut tidak diiktiraf menjadi perwakilan.

Kekecohan tersebut berlaku apabila perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam mula membangkitkan isu berkenaan semasa dewan ingin meluluskan minit mesyuarat laporan tahunan Muktamar PAS ke-54.

Menurut sumber yang dipetik menerusi Malaysia Insider, perwakilan dari Shah Alam mempersoalkan mengenai keputusan pemilihan tahun lepas yang dilihat sebagai tidak sah kerana terdapat perwakilan  dari Sembrong, Pengerang, Labis dan Kulai dibenarkan mengundi sedangkan kawasan tersebut tidak diiktiraf.

Jelas perwakilan itu lagi, sekiranya pemilihan itu diluluskan PAS berkemungkinan akan diharamkan pendaftaran mereka oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana meluluskan minit menyuarat tanpa menyediakan laporan yang lengkap.

Perkara tersebut turut disokong oleh perwakilan Pemuda Sabak Bernam, Mohd Labib Abd Jalil yang menyifatkan pemilihan berkenaan tidak sepatutnya diluluskan oleh dewan.

"Setuju atau tidak pemilihan lepas adalah pemilihan tidak sah," kata Mohd Labib Abd Jalil, perwakilan Pemuda PAS dari Sabak Bernam ketika bangun menyokong kenyataan perwakilan Shah Alam itu.

Kekecohan tersebut menyebabkan Pengerusi tetap Perwakilan Pemuda PAS, Kamal Ashaari membuat keputusan untuk menangguhkan persidangan selama 10 minit bagi mendapatkan nasihat daripada pemimpin tertinggi parti itu.

"Saya memohon kepada semua untuk membawa kepada pihak atasan, malah bawa kepada Majlis Syura Ulama.

"Saya mohon beri mandat kepada saya untuk bawa ke peringkat atasan untuk menyiasat dakwaan yang dibangkitkan malam ini, mereka yang ada autoriti buat keputusan," katanya kepada perwakilan.

Sejurus persidangan disambung, Kamal memberi jaminan kepada semua perwakilan pemuda bahawa isu tersebut akan diselesaikan oleh Dewan muktamar PAS selepas ia di bawa kepada pucuk pimimpinan tertinggi parti itu,

"Saya akan bawa malam ini kepada kepimpinan atasan, tidak tunggu esok, lusa. Kita tidak ada autoriti.

"Kalau diputuskan kita perlu untuk mengadakan pemilihan semula, kita akan adakan muktamar khas untuk mengadakan pemilihan semula," ujar Kamal yang dilihat menangis semasa menyampaikan perkara itu.

Difahamkan sejurus kekecohan itu berjaya diselesaikan, Kamal telah dikejarkan ke hospital akibat mengalami sesak nafas.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat menyifatkan kekecohan yang berlaku ada satu kebiasaan dalam setiap persidangan kerana setiap perwakilan mempunyai hak untuk meluahkan pandangan mereka kepada parti.

"Pada saya ia normal, mereka beri pandangan masing-masing cuma emosi sikit, biasalah orang muda.

"Saya tetap dengan pandangan untuk beri ruang dan peluang, kalau tidak mereka akan gunakan ruang lain yang ada," katanya lagi.

Dalam pada itu, Suhaizan mengakui menerima surat layang berhubung isu tersebut dan dia enggan mengedahkannya kerana menganggap kepimpinan Pemuda PAS yang diketuainya sudah diterima oleh setiap ahli pemuda,

"Saya ada nampak dalam surat layang, yang mengatakan perkara ini berlaku, dalam beberapa bulan lepas.

"Disebabkan itu surat layang kita tidak ambil apa-apa tindakan.

"Saya tidak tahu, serangan itu kepada jawatankuasa pemilihan lepas, bukan saya," tambahnya lagi. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor


Read More

Kerja Cakap Dengan Cermin Setiap Hari?


Gambar hiasan
Bercakap depan cermin. Mungkin suatu perbuatan pelik malah seseorang individu yang melakukannya akan dianggap kurang siuman namun bagi sesetengah individu, perbuatan itu menjadi aktiviti lumrah mereka.

Hakikatnya tidak ramai yang tahu bahawa perbuatan tersebut dipraktikkan kesemua operator di Tenaga Nasional Berhad (TNB) CareLine semasa berkomunikasi dengan pelanggan di talian yang rata-rata mempunyai seribu satu kerenah.

Setiap operator di TNB CareLine diberikan satu cermin bulat yang diletakkan di atas meja masing-masing untuk melihat diri sendiri semasa berinteraksi dengan pelanggan.

Baru-baru ini, Bernama berpeluang melawat pusat pengurusan panggilan 15454 di Ibu Pejabat TNB di sini untuk melihat dan berkongsi pengalaman beberapa operator di pusat berkenaan.

Berpengalaman selama 12 tahun di dalam kerjaya tersebut, wanita berasal dari utara tanah air, Nur Azian Aziz berkongsi saat manis sepanjang mengendalikan pelbagai aduan serta permasalahan pelanggan TNB.

Wanita berusia 35 tahun itu berkata, beliau dan rakan sejawatan sering berhadapan dengan pelanggan yang panas baran sekiranya operator lambat menjawab panggilan atau kerosakan yang dilaporkan masih belum diselesaikan.

Berkongsi rahsia bercakap depan cermin, Nur Azian berkata apabila sedang berkomunikasi dengan pelanggan di talian telefon, beliau dapat melihat mimik muka malah dapat membantu mengawal emosi.

Katanya, adanya cermin tersebut sedikit sebanyak membantu mengurangkan tekanan apabila berdepan dengan pelanggan yang panas baran.

"Kalau saya marah mereka, saya rasa seolah-olah saya marah diri saya sendiri kerana di dalam cermin tersebut nampak muka saya.

"Jika ada pelanggan yang secara tiba-tiba melenting, saya akan pandang cermin lihat diri saya. Itu bagai satu terapi bagi saya," katanya.

Beliau berkata, baru-baru ini seorang pelanggan TNB telah menghantar e-mel kepada pengurusnya menyatakan ucapan terima kasih kepada beliau yang pantas memberi respons kepada aduan.

"Ingatan daripada pelanggan membuatkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan kerjaya ini," katanya yang berhari raya bersama rakan sejawatan lain di pusat pengurusan panggilan 15454 itu.

Bagi Zakinah Mohamed, 30, pengalaman selama lapan tahun sebagai operator memberikan pelbagai pengalaman dalam berkomunikasi dengan pelanggan malah bertekad tidak akan meninggalkan kerjaya tersebut.

Katanya, cermin yang berada di hadapan beliau dapat membantu meningkatkan keyakinan diri semasa berurusan dengan pelanggan walaupun menerusi panggilan telefon.

"Apa sahaja yang pelanggan cakap, kami di sini diajar agar menenangkan diri sendiri dan pelanggan. Pertama sekali kami akan meminta maaf dengan pelanggan jika kerosakan gagal dibaiki dalam masa dijanjikan," kata wanita berasal dari Perak itu.

Bapa kepada tiga anak, Nor Kamal Ariffin Jidin pula mengakui kaum lelaki sememangnya jarang melihat cermin, namun kerjaya itu membuatkan beliau sentiasa berdepan dengan cermin.

"Saya lebih suka senyum pada diri sendiri semasa bercakap dengan pelanggan seolah-olah pelanggan ada di hadapan saya," katanya yang kini memasuki tahun ke-11 sebagai operator TNB CareLine.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan bahagian Perkhidmatan Pengguna, Ir Kamaliah Abdul Kadir berkata setiap operator akan diberikan latihan dan kursus secara berkala bagi meningkatkan kemahiran mengendalikan pelanggan.

"Cermin itu merupakan satu daripada cara yang dipraktikkan di sini. Operator akan melihat mimik muka sendiri di dalam cermin, dan mereka diajar bagaimana mengawal intonasi suara dan perlunya bersikap positif," katanya.

Kamaliah berkata pusat itu beroperasi 24 jam setiap hari berfungsi sebagai saluran utama pelanggan TNB mendapatkan khidmat nasihat mengenai produk dan perkhidmatan, melaporkan gangguan bekalan elektrik, kerosakan lampu jalan serta rujukan status akaun pelanggan.

Katanya, secara purata, pusat tersebut menerima 270,000 panggilan sebulan atau 3.24 juta panggilan setahun.

Selain berhubung melalui talian 15454, pelanggan TNB boleh melaporkan sebarang aduan atau mendapatkan khidmat melalui talian 1-300-88-5454, e-mel ke tnbcareline. -Mstar

Read More

Lelaki Maut Terjatuh Dari Pangsapuri

Mayat mangsa ditemui terbaring di tepi longkang.

Georgetown – Seorang lelaki telah ditemui mati terbaring ditepi longkang berhampiran sebuah pangsapuri di Blok 354, Lintang Maccalum 1, Gat Lebuh Maccalum.

Lelaki berusia lewat 40-an itu dipercayai terjatuh dari pangsapuri berkenaan kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Leong berkata, kejadian disedari oleh orang ramai selepas mendengar bunyi dentuman yang kuat sebelum menemui seorang mayat lelaki dipercayai terbaring berhampiran pangsapuri berkenaan.

Tambah Leong lagi, lelaki tersebut bukan berasal dari penduduk di kawasan ini kerana dia tidak pernah melibat kelibat lelaki itu sebelum ini.

Menurutnya lagi, kelibat mangsa sebelum ini pernah dilihat oleh beberapa penduduk berhampiran yang melihat dia berjalan seorang diri dalam keadaan mencurigakan.

"Saya memang tak pernah lihatnya di sini dan yakin dia bukan penduduk perumahan ini.

"Kebanyakan kes orang terjatuh dari pangsapuri di sini adalah orang luar. Saya harap kejadian seperti ini tak akan berulang lagi," katanya dipetik Sinar Harian.

Sementara itu, dalam siasatan awal pihak polis menegaskan tiada sebrang dokumen pengenalan diri yang ditemui pada mayat mangsa.

Siasatan awal mendapati mangsa mati dipercayai akibat cedera teruk di bahagian kepala selain patah tulang pinggang.

"Polis masih menyiasat identitinya selain mengenal pasti dari aras berapa lelaki ini terjatuh," menurut sumber polis berhubung kejadian.

Kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut dan pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa atau kehilangan ahli keluarga supaya segera menghubungi talian 04-2181822. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor



Read More

Negeri Presiden Haramkan, Phahrolrazi Masih Anggap PAS Iktiraf PasMa?

Berpegang pada kenyataan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang tidak mengharamkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi menganggap PAS mengiktiraf kewujudan persatuan yang diketuainya itu.

Phahrolrazi turut mendakwa pihaknya mendapat respon positif dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat, khususnya dari ahli PAS.

"Selepas kenyataan itu dibuat, saya mula mendapat maklum balas positif daripada penyokong PR, terutama ahli Pas.

"Saya percaya sekarang objektif penubuhan Pasma sudah difahami ramai pihak,” katanya selepas majlis "Dialog Bersama PasMa: PAS Keluar Pakatan, Mimpi Jadi Realiti?", yang dipetik dari Sinar Harian, semalam.

Pada 8 September baru-baru ini, Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan berkata bahawa ahli Pas tidak dilarang menyertai mana-mana NGO kerana dalam parti itu pun terdapat pelbagai NGO. 

Pun begitu, Naib Presiden PAS itu menegaskan pihaknya tidak menggalakkan ahlinya menyertai PasMa yang kononnya ditubuhkan sebagai NGO berteraskan "kebajikan" memandangkan PAS mempunyai lajnah kebajikannya sendiri.

PAS Terengganu pula kemudiaannya dalam satu kenyataan media memutuskan untuk mengharamkan ahli parti di negeri itu dari menyertai PasMa.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid dalam kenyataannya memberitahu bahawa pengharaman tersebut dikuatkuasakan serta-merta dan ditujukan khas kepada seluruh badan organisasi PAS di negeri tersebut.

"Larangan ini termasuklah menjadi ahli PasMa, menubuhkan PasMa, dan menghadiri apa-apa program anjuran PasMa.

"Ahli Pas juga dilarang sama sekali untuk memberi  kerjasama kepada program anjuran Pasma dalam apa jua bentuk sekalipun," tegas PAS Terengganu. -KedahNews.com

Read More

46.31 Juta Batang Rokok Seludup Dimusnahkan


Sebanyak 46.31 juta batang rokok putih dan kretek tidak sah membabitkan berat 69,472.50 kilogram (Kg) dimusnahkan di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Cawangan Penguatkuasaan dan Rampasan Ibu Pejabat Dengkil, semalam.

Semua rokok yang dimusnahkan itu bernilai RM5.07 juta dan membabitkan cukai sebanyak RM18.76 juta, lapor Hmetro.com.my.

Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Mohd Isa Endot berkata, rokok yang dimusnahkan hari ini membabitkan 12 kes atau kertas siasatan yang sudah selesai bagi tempoh tiga tahun hingga tahun lalu.

"Proses pelupusan atau pemusnahan ini perlu mendapat kelulusan dari Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Kastam dan Kementerian Kewangan terlebih dahulu.

"Kaedah pemusnahan yang diluluskan adalah cara dirincih dengan mesin dilaksanakan oleh syarikat kontraktor yang dilantik.

"Sisa rincihan tembakau termasuk kotak pembungkus akan dilupuskan di tempat pelupusan yang dibenarkan saja atau dikawal pihak kastam untuk memastikan syarat dan prosidur pelupusan dipatuhi," katanya. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com

Read More

Awal Ashaari Tuntut Hutang Tertunggak

Pengacara Awal Ashaari meluahkan rasa kesal apabila sebuah syarikat produksi yang menerbitkan program realiti The Band (siaran Astro) masih lagi belum menjelaskan baki bayaran tugasnya.

Awal, 33, berkata dia pelik kerana kesemua selebriti yang terlibat dengan program itu sudah menerima bayaran masing-masing, sebaliknya dia sebagai pengacara masih belum menerima sebarang wang selepas program itu tamat pada awal Jun lalu.

"Program itu sudah pun selesai tiga bulan lalu dan sehingga kini saya masih belum menerima baki bayaran sebanyak 80 peratus. Bukannya sedikit.

"Yang peliknya, apabila saya tanya artis-artis lain yang terlibat, mereka semua sudah menerima bayaran masing-masing.

"Dan kemudian bertanya pihak produksi pula, mereka kata, Astro belum membayar mereka lagi, sedangkan pihak Astro sudah menjelaskan wang mereka kesemuanya," kata Awal.

Tambah Awal, dia berharap produksi berkenaan mengambil perkara itu lebih serius memandangkan sudah beberapa kali pihak tersebut memberi pelbagai alasan apabila ditanya soal penjelasan bayarannya.

Kata suami kepada aktres Scha Al-Yahya, dia juga berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secara baik memandangkan tiada masalah yang berlaku antara mereka sepanjang bekerjasama dalam program tersebut.

"Rasanya saya sudah menjalankan tanggungjawab mengendalikan program ini dengan sebaik-baiknya dan antara saya dan produksi, kami tiada masalah.

"Takkan saya perlu meminta 'sedekah' untuk dapatkan duit sendiri? Lagipun apabila saya menandatangani sesebuah kontrak, saya sudah merancang untuk menggunakan wang tersebut untuk tujuan tertentu.

"Tetapi apabila ia tersangkut, perancangan saya untuk menjelaskan beberapa perkara peribadi juga tertangguh," ujarnya.

The Band yang mula bersiaran pada akhir Mac lalu merupakan program pencarian bakat berkumpulan lelaki dan wanita yang memberi penekanan kepada aspek seperti kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan, penampilan imej dan juga aura sebagai seorang penghibur.

Antara selebriti yang terlibat sebagai tenaga pengajar ialah Damian Mikhail, Alam Wakaka dan Wahyu Rahman. Manakala Datuk Aznil Nawawi, Yusry Abdul Halim dan Syafinaz Selamat sebagai juri program itu. -Mstar

Read More

Pilih MB Macam Pilih Imam - Haron Din



Kulaijaya – Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegaskan kaedah bagi memilih ketua kerajaan haruslah mengikut syarak sepertimana dilakukan dalam Islam dalam melantik seorang imam.

Haron berkata, kaedah tersebut harus dipakai oleh Pakatan Rakyat (PR) dalam melantik Menteri Besar Selangor bagi mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kalau dalam amalan solat ada kaedahnya tentang siapa yang patut dan wajib menjadi imam, dan itu berlaku terus menerus dalam hidup kita dan dalam politik.

"Maka dalam perjuangan, kena kenali, kena hayati siapa yang patut menjadi ketua, dan dipertahankan ketua itu... siapa yang patut menjadi ketua kerajaan, siapa patut menjadi MB, sepatutnya semua maklum," katanya dipetik Sinar Harian dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas kali ke-53 di IOI Palm Villa Country Resort, di sini, semalam.

Merujuk kepada laporan sebelum ini, Majlis Syura Ulama PAS telah menolak perlantikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk seri Dr wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor atas alasan isteri kepada Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak mempunyai kelayakan untuk menerajui kerajaan negeri berkenaan.

Sebelum ini juga, Majlis Syura Ulama Pas menolak pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar atas dasar pemimpin itu dikatakan tiada kelayakan dan pengalaman cukup bagi memikul amanah berkenaan.

Sementara itu, Haron juga menyifatkan Dewan Ulama PAS merupakan sebuah tonggak parti bagi mengukuhkan serta menguatkan perjuangan parti itu dalam memartabatkan agama Islam.

Menurutnya lagi, terdapat segelintir ahli PAS gagal menghayati matlamat perjuangan parti walaupun barisan teringgi dalam PAS sentiasa mengikuti tarbiyah parti.

"Ada yang kecundang di tengah jalan...ada pula luruh binasa...ada juga meninggalkan perjuangan dan lebih teruk ada yang mengkhianati perjuangan Pas," ujarnya lagi. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor


Read More

SubhaanAllah! Hebatnya Hakikat "Bismillah..."

OLEH kerana telefon bimbit yang kebetulan terjatuh daripada poket seluar telah menyelamatkannya daripada berlaku kemalangan yang mungkin meragut nyawa.

Berkongsi pengalaman itu, Khairul Nizam Amat Zaini, 30, berkata, kejadian berlaku ketika beliau ingin memulakan perjalanan menaiki motosikal selepas berhenti di sebuah lampu isyarat untuk menuju ke tempat kerja.

Siapa sangka telefon bimbit tersebut menjadi penyebab yang menyelamatkan nyawa penulis buku itu daripada dilanggar oleh sebuah kereta dari arah bertentangan yang melanggar lampu isyarat merah dan dipandu laju.

“Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu yang hampir dilanggar kereta itu. Oleh kerana mengejar lampu isyarat kuning sebelum bertukar merah, kereta itu dipandu sangat laju.

“Mujur telefon bimbit yang saya letakkan di dalam poket seluar secara tiba-tiba terjatuh membuatkan saya terpaksa berhenti daripada terus berjalan setelah lampu isyarat bertukar hijau. Saya beristighfar panjang kerana mungkin kehilangan nyawa jika dilanggar kereta itu.

“Bila difikir-fikirkan, mungkin ia berlaku secara tidak sengaja, tetapi kejadian itu lebih meyakinkan saya bahawa Allah SWT ingin melindungi saya daripada kecelakaan tersebut melalui kelebihan amalan kalimah Bismillah yang saya amalkan," kongsinya kepada Mega, Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Mempercayai tiada yang berlaku secara kebetulan, beliau berkata, segala perkara yang berlaku merupakan ketentuan daripada Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya, namun boleh diubah dengan meminta pertolongan dan ihsan daripada-Nya.

“Telah menjadi amalan saya sejak kira-kira dua tahun yang lalu, saya akan membaca kalimah Bismillah berserta surah tiga Qul apabila ingin keluar dari rumah atau melakukan apa sahaja dengan berharap perlindungan daripada Allah SWT.

“Alhamdulillah, walaupun kejadian kecil tetapi cukup bermakna dan membuatkan saya lebih yakin dengan kelebihan mengamalkan kalimah Bismillah sebagaimana yang diceritakan turut berlaku kepada pada ulama dan nabi terdahulu," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, bukan mengharapkan fadilat untuk melakukan amalan tersebut, sebaliknya menyakini amalan itu merupakan tuntutan untuk mencari keredaan daripada Allah SWT sebagai hamba-Nya.

Tiada yang mustahil

Kedengaran agak tidak masuk akal, namun pelbagai kisah dan keajaiban yang diceritakan berlaku terhadap individu terpilih yang mengamalkan kalimah Bismillah dalam kehidupan harian diakui benar berlaku dengan izin daripada Allah SWT.

Ahli Panel Majlis Tareqat Sufiyyah (Jalsah Turuq Suffiyyah), Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Dr. Jahid Sidek berkata, mungkin kebanyakan masyarakat umum menganggap perkara biasa, namun bagi golongan ulama dan sufi menyakini kalimah itu merupakan amalan yang penting dan istimewa.

Malah ia juga tambahnya, menjadi faktor utama yang membolehkan seseorang mencapai hakikat rukun Islam dan rukun iman sebenar dalam mencapai darjat insan sempurna yang mempunyai penuh sifat kehambaan.

“Kalimah Bismillah inilah yang pertama sekali diajarkan oleh Malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW pada pertemuan pertamanya ketika baginda sedang mengasingkan diri di gua Hira’ menerusi surah al-‘Alaq ayat 1 hingga 5.

“Jika difahami, konsep Bismillah yang bermaksud dengan nama Allah dengan merenungkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “
Tidaklah seorang hamba berdoa di setiap pagi dan petang “Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi dan juga di langit dan Dia (Allah SWT) Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" baca tiga kali, maka tidak akan ada yang memudaratkannya. (riwayat Tirmizi)
“Hadis ini menjelaskan, seseorang mukmin yang seluruh zahir dan batinnya berserta dengan nama Allah SWT akan sentiasa dipayungi keselamatan dan kesejahteraan, sehinggakan tiada makhluk di bumi atau di langit mampu memudaratkannya," katanya.

Jahid berkata, sekurang-kurangnya amalan menyebut nama Allah SWT dapat memberi ketenangan hati dan fikiran orang yang mengamalkannya, sekali gus memberikan keselesaan dan kesihatan kepada tubuh badan.

“Tahap merasai hakikat kalimah Bismillah itu berbeza mengikut amalan individu. Lebih banyak, yakin dan fokus dia bertafakur maka lebih tinggi tahapnya di sisi Allah SWT. Dan pada ketika itu, akan lahir perasaan dalam rohani bahawa semua kejadian turut berzikir menyebut nama Allah SWT.

“Kesannya, hati akan merasai mutmainnah (tenang), manakala seluruh tubuh pula akan menjadi lembut, sihat dan selesa. Begitulah kelebihan bertafakur dengan menyebut mana-mana sifat kesempurnaan Allah SWT," ujarnya.

Rawat penyakit

Dalam pada itu, Jahid yang juga pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah berkata, menggunakan kalimah Bismillah juga, beliau merawat pelbagai penyakit pesakit yang datang ke pusat rawatannya iaitu antaranya penyakit batu karang.

Ia kongsinya, dengan membacakan sebanyak 99 kali kalimah Bismillahirrahmanirrahim kepada 10 botol air mineral bersaiz 1.5 liter dan juga tiga biji tembikai yang dijadikan jus untuk diminum dengan kaedah dan dalam tempoh yang tertentu.

“Menyebut Bismillah adalah salah satu kalimah yang penting ketika ingin menjalani rawatan. Contohnya, dengan hanya membaca kalimah ini, ia dapat menyembuhkan penyakit batu karang secara semula jadi.

“Dalam kes terbaru, seorang yang menderita sakit batu karang sejak beberapa tahun lalu datang untuk mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Manarah. Alhamdulillah, setelah diberikan air penawar yang dibacakan nama Allah SWT, penyakit yang dihadapinya itu sembuh.

“Pesakit itu pada mulanya tidak percaya, tetapi setelah melakukan pemeriksaan doktor, terbukti penyakit batu karang yang dihadapi disahkan telah tiada," katanya. -Utusan

Read More

LFL Dakwa Anwar Tak dapat Keadilan Dalam Perbicaraan Di Malaysia?


Kuala Lumpur – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa penahan peguam N Surendran oleh Mahkamah Tinggi atas tuduhan Akta Hasutan membuktikan dirinya tidak medapat keadilan yang sepatutnya dalam perbicaraan berhubung kes liwatnya di negara ini.

Menerusi satu kenyataan yang dibuat oleh Kumpulan Peguam Lawyer For Liberty (LFL), pihak mereka mahu Peguam Negara segera menggugurkan pendakwaan terhadap N Surendran yang merupakan peguam utama Anwar setelah dia ditahan  dibawah Akta Hasutan.

Pengarah Eksekutif LFL, Eric Paulsen berkata, dua pertuduhan yang dikenakan oleh N Surendran merupakan satu perkara yang sangat serius kerana kenyataan yang diberkan oleh peguam tersebut adalah bersifat pembelaan yang sah dari sudut undang-undang.

"Ia adalah mengejutkan dan tidak boleh diterima bagi seorang peguam dikenakan dakwaan atas kenyataan yang dibuat berhubung kes anak guamnya, dan lebih- lebih lagi kenyataan yang membentuk asas pembelaan yang sah untuk pelanggannya," ujarnya dipetik Keadilan Daily.

Tambah Eric lagi, dalam sesuatu perbiacaan, peguam dan anak guamnya berhak mendapat keadilan dalam melakukan tugas mereka dalam menegakkan kebenaran dan mereka mempunyai keistimewaan untuk tidak menerima sebarang ancaman mahu pun ugutan daripada pihak berkuasa.

Menurut Eric lagi, penahanan N Surendran menyebabkan Anwar akan mengalami masalah untuk mendapat perbicaraan seadilanya pada 28 dan 29 Oktober ini setelah peguam utamanya ditahan pihak berkuasa atas tuduhan dibawah Akta Hasutan.

"Ia tidak boleh diterima bagi Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan Anwar dengan tuduhan hasutan ini dikenakan kepada salah seorang peguam utama bagi rayuan itu," tambahnya lagi.

Merujuk kepada penahanan N Surendran sebelum ini, dia telah ditahan di bawah akta hasutan pada 19 Ogos lalu kerana mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang menyabitkan Anwar didapati bersalah dalam pertuduhan kes liwat 2.

Selain itu, dia juga telah didakwa sekali lagi di bawah akta hasutan pada 28 Ogos yang lalu kerana mengeluarkan kenyataan di dalam sebuah video di Youtube kerana mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes berkenaan. – KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

US Terus "Mengganas" Di Negara Islam Lagi

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas kedudukan kumpulan Negara Islam (IS) dekat Baghdad, pertama kalinya disasarkan berhampiran dengan ibu negara Iraq itu.

Seorang pegawai pertahanan AS berkata pesawat Amerika melancarkan satu serangan dekat Baghdad dan satu lagi di Gunung Sinjar di utara Iraq dalam tempoh 24 jam lalu.

AS pada bulan lalu memulakan kempen serangan udara terhadap kedudukan IS di utara Iraq tetapi pengumuman bahawa pesawatnya menyasarkan militan berhampiran Baghdad menunjukkan skop misi itu diperluaskan.

"Tentera AS terus menyerang pengganas IS di Iraq, menggunakan pesawat tempur dan pejuang untuk melakukan dua serangan udara pada Ahad dan Isnin dalam membantu pasukan keselamatan Iraq dekat Sinjar dan barat daya Baghdad," menurut US Central Command dalam satu kenyataan.

Serangan itu memusnahkan enam kenderaan IS dekat Sinjar dan pasukan IS di barat daya Baghdad yang menembak kedudukan tentera Iraq.

Ia menjadikan keseluruhan serangan AS di Iraq sebanyak 162 kali. - AFP

Read More

#PRKPengkalanKubor: PAS Kelantan Gesa Majikan Luar Kelantan Beri Cuti Pada Pengundi


Kerajaan Kelantan meminta majikan pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di luar Kelantan, agar memberi pelepasan kepada pekerja mereka untuk pulang mengundi pada 25 September ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kebenaran daripada majikan adalah penting kerana hari mengundi pada Khamis itu adalah hari bekerja di negeri lain.

“Di Kelantan tidak ada masalah kerana semalam, kerajaan negeri telah mengumumkan cuti peristiwa pada 25 Sept ini sempena PRK tersebut,” katanya yang dipetik dari Bernama.com.

Katanya, pelepasan majikan itu dapat meningkatkan peratusan orang keluar mengundi dan menyuburkan lagi sistem demokrasi negara ini.

Sebanyak 24,039 pemilih berdaftar bagi kawasan DUN Pengkalan Kubor yang terletak dalam kawasan Tumpat.

Daripada jumlah itu lebih 1,700 pengundi berada di luar kawasan DUN berkenaan.

PRK DUN Pengkalan Kubor akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com

Read More

Kenapa Chef Wan Sekat 10 Pengikut Instagram Setiap Hari?

Chef selebriti Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau Chef Wan mendedahkan dia telah menyekat 10 pengikut laman sosial Instagram miliknya sehari yang mengambil kesempatan menggunakan platform tersebut sebagai tempat berniaga.

Chef Wan, 56, berkata ia berikutan komen berunsur iklan dan tidak bersesuaian itu telah menganggu privasinya yang mahu berkomunikasi dengan pengikutnya.

"Setiap hari saya terpaksa mengenal pasti dan menyekat peniaga yang menggunakan laman Instagram ini untuk tujuan berniaga. Lebih-lebih lagi akaun yang tidak mendedahkan identiti mereka yang cuba berselindung di sebalik dunia perniagaan masing-masing.

"Saya berbuat demikian memandangkan ia semakin menjadi-jadi dan menyukarkan saya untuk membaca komen-komen pengikut yang benar-benar jujur.

"Mereka (peniaga) sepatutnya menghormati privasi orang lain dan bukannya sesuka hati menyemakkan laman sosial orang lain dengan pelbagai iklan," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Ketika ini Chef Wan menerusi akaun Instagram miliknya iaitu @Chefwan58 mempunyai lebih 67,000 pengikut.

mStar Default Image
Teguran yang ditulis Chef Wan di Instagram miliknya.
Terdahulu Chef Wan menerusi akaun Instagram miliknya telah menengur segelintir pengikut laman berkenan yang menjadikan akaun miliknya untuk memuat naik status perniagaan masing-masing.

Perkara itu menyebabkan rasa kurang senang Chef Wan yang terpaksa menyekat pengikut-pengikut berkenaan agar mereka tidak berterusan melakukan perbuatan tersebut.

Sementara itu, Chef Wan berkata, dia terpaksa bersikap jujur dan bercakap secara terus terang agar perkara ini menjadi pengajaran kepada pengikut lain.

"Saya tahu, apabila saya bersuara seperti ini tentu ramai yang tidak suka tetapi ini kebenarannya.

"Sejak akhir-akhir ini saya melihat media sosial lebih banyak memberi impak negatif sedangkan ia boleh menjadi satu perkara positif dalam memberikan inspirasi kepada orang lain.

"Kebanyakannya media sosial menjadikan manusia membuang masa, suka menjaga tepi kain orang, bergosip, buruk sangka dan lebih teruk lagi menyebarkan fitnah sana sini," ujarnya.

Bagaimanapun, kata Chef Wan, dia tidak akan menyahaktifkan akaun Instagram miliknya hanya kerana perkara itu kerana dia percaya masih lagi ada pihak yang menghargai setiap foto dan status yang dimuat naik di laman sosial berkenaan. -mStar

Read More

PAS Beri Cuti Untuk "Pancing" Undi #PRKPengkalanKubor?


Tumpat – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan pemberian cuti kepada rakyat Kelantan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor bukanlah bertujuan sebagai satu taktik PAS memastikan mereka kembali merampas kawasan berkenaan yang sebelum ini dikuasai oleh Barisan Nasional.

Mohd Amar berkata, keputusan pemberian cuti kepada rakyat negeri ini adalah semata-mata bertujuan memberi kelebihan atau keistimewaan kepada para pengundi di kawasan tersebut menjalankan tanggungjawab mereka memilih calon yang benar-benar sesuai dilantik sebagai wakil rakyat di sana.

"Cuti atau tak cuti tak menentukan menang atau kalah. Kalau nak kalah buat hari cuti pun kalah juga.

"Cuma cara kita suburkan demokrasi dan beri peluang kepada rakyat untuk mengundi, tidak kira pengundi Pas atau Umno," katanya dipetik Sinar Harian.

Tegas Mohd Amar lagi, keputusan pemberian cuti tersebut disebabkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan hari penamaan calon dan hari pengundian dibuat pada hari bekerja walaupun kerajaan negeri sudah memberi teguran agar ia diubah kepada hari cuti sebelum ini.

"Sebab itu Pas selalu menegur SPR, kalau nak tetapkan hari penamaan calon dan pengundian perlu mempertimbangkan hari cuti supaya mudahkan pengundi dan petugas pilihan raya jalankan tugas mereka.

"SPR patut mencetuskan semangat untuk orang mengundi, patut pilih hari cuti. Ini sengaja pilih hari tak cuti seolah-olah menghalang dan cuba untuk nafikan ruang pengundi menunaikan tugas mereka dalam sebuah negara demokrasi," katanya lagi.

Menurut Mohd Amar, tindakan SPR telah menyebabkan pihak kerajaan negeri membuat keputusan untuk memberi cuti kepada rakyat di Kelantan bagi memastikan jumlah peratusan keluar mengundi akan meningkat.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pemberian cuti semasa hari mengundi adalah satu perkara yang menjadi kebiasaan di negara ini.

"Ini bukan kali pertama. Kerajaan Pulau Pinang, kerajaan negeri lain pun pernah isytihar cuti pada hari mengundi yang jatuh pada hari bekerja.

"Secara tidak langsung, kita ini membantu tugas SPR dan fungsinya untuk menggalakkan ramai rakyat Malaysia keluar mengundi," tegas Takiyuddin lagi.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

Mat Sabu Masih Selamba Walau "Dimalukan" Pemuda PAS?

Meskipun dimalukan oleh sebahagian besar perwakilan Dewan Pemuda PAS yang keluar ketika beliau berucap, Mat Sabu masih mampu menjawab tindakan tersebut dengan mengatakan tindakan itu merupakan satu perkara biasa.

Kata Timbalan Presiden PAS itu, berkemungkinan para perwakilan Pemuda yang keluar itu adalah untuk menunaikan solat Asar. 

"Mungkin mereka keluar pergi sembahyang dan sebagainya. Lagipun sudah masuk waktu Asar, yang mahu solat akan keluar sembahyang," kata Mat Sabu selamba kepada media.

Terdahulu, media yang hadir di Majlis Perasmian Muktamar Pemuda PAS kali ke-55 di Dewan Choon Moi, Kota Tinggi, Johor, melaporkan sebahagian perwakilan Pemuda PAS meninggalkan dewan ketika Mohamad Sabu memulakan ucapan perasmian majlis tersebut.

Seorang perwakilan yang enggan dikenali menjelaskan bahawa tindakan tersebut berlaku ekoran rasa "meluat" mereka dengan kenyataan-kenyataan Mat Sabu yang dilihat sering memperlekeh Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kita datang dari kawasan presiden dan tak sukalah apabila orang buat presiden kita begitu.

"Dulu dia (Mat Sabu) bertanding kata nak bantu presiden...," katanya perwakilan Pemuda PAS itu yang dipetik dari Sinar Harian

Walaupun menerima layanan yang memalukan kedudukannya sebagai orang nombor dua parti, Mat Sabu dilaporkan masih tetap menyampaikan ucapannya di hadapan perwakilan yang masih berada di dalam dewan. - KedahNews.com

Read More

Ahli Parlimen DAP Teruk "Dibelasah" Rakyat Malaysia


Tindakan Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen dari parti DAP, yang mengecam lagu kebangsaan Negaraku dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, dalam akaun Facebooknya mengundang reaksi negatif pengguna laman sosial.

Status Chong, antara lain menyebut “Since when has this playing national anthem in cinema started? Is Malaysia heading towards the communist Mao era where everywhere you go you must shout out loud and show that you are a patriot?”, lapor Bernama.com.

Status itu dikongsi akaun Facebook Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang mendapat ratusan reaksi terkejut serta mengundang kemarahan pengguna laman sosial.

Antaranya, Amirul Azmi Anuar yang menulis “Time pilihan raya terhegeh-hegeh nak jadi ahli parlimen Malaysia. Tapi kenyataan yang dibuat hari ini langsung tidak menunjukkan beliau seorang warganegara Malaysia. Layak dibuang negara sahaja hanya sekadar beban pada Malaysia.”

Andry Augustine pula memberi komen “Are u Malaysian, Sir???? Even foreigner also stand when they listen to our national anthem manakala Syahirah Rosli menyatakan “Sorry, you are disqualified to earn my respect even you’re a politician.”

Rata-Rata pengguna laman sosial mempersoal motif serta tujuan anggota Parlimen itu memuat naik status berkenaan dan meminta Chong dikenakan hukuman setimpal. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com

Read More

Ahli Parlimen DAP Mahu PAS Kedah Label Ustaz Lotfi Sebagai Pengganas


PAS perlu menjelaskan pendirian untuk tidak mengkagumi Allahyarham Mohd Lotfi Ariffin yang terkorban di medan perang negara konflik Syria dan menegaskan bahawa bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah itu sebagai pengganas.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, beberapa pemimpin PAS disifatkan bagai mengkagumi Mohd Lotfi dan setuju dengan perjuangan ustaz yang berasal dari Kuala Ketil itu hingga menyebabkan kekeliruan tentang pendirian parti mengenai aktiviti yang melibatkan keganasan.

"PAS harus konsisten dengan pendiriannya terhadap keganasan dan ia mesti menegaskan kembali pendiriannya itu susulan kenyataan beberapa pemimpin PAS yang kelihatan mengkagumi jalan yang dipilih oleh Mohd Lotfi yang dilapor syahid di Syria.

"Kita tidak seharusnya menyokong keganasan atas alasan apa sekali pun," katanya Ahli Parlimen DAP itu, sekaligus menganggap bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah itu sebagai "pengganas" yang tidak wajar disanjung.

Setiausaha Dewan Ulama Pas Kedah, Ahmad Yahaya sebelum itu berkata, Mohd Lotfi adalah antara pemimpin lama dalam PAS Kedah sejak menyertai Dewan Pemuda dan pernah dilantik sebagai Exco Pemuda Pas Kedah.

Menurut Ahmad Yahya lagi, jasa Ustaz Lotfi terhadap parti tetap dikenang dan  akan diingati sebagai seorang pendakwah dan pendidik ketika menjawat Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Kedah sebelum berhijrah ke Syria untuk berjihad dan gugur di negara bergolak tersebut.

Difahamkan bahawa Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak yang kini tinggal di Kedah. -KedahNews.com

Read More

Peguam PAS "Tampar" Hadi Awang?

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima tamparan hebat dari peguam PAS apabila dikatakan tidak mempunyai sebarang kuasa veto untuk bersuara bagi membuat apa-apa keputusan mengenai pencalonan Menteri Besar Selangor.

Zulhazmi Sharif dalam satu sesi soal jawab menegaskan bahawa segala keputusan yang melibatkan kepentingan parti mesti dibincang melalui mesyuarat dan perlu diputuskan bersama para pemimpin PAS yang lain.

"Presiden tidak mempunyai kuasa tersebut. Pas ialah parti politik berpelembagaan dan yang penting dalam Pas ialah konsep syura.

“Dalam hal ini (isu Menteri Besar Selangor), Presiden tidak boleh buat keputusan sendiri sebab Perlembagaan Pas tidak sebut bahawa Presiden mempunyai kuasa pemutus.

"Presiden mesti bincang terlebih dahulu melalui Majlis Syura iaitu majlis mesyuarat. Dia (Presiden) tidak boleh buat keputusan melulu,” katanya melalui majlis soal jawab “Kemelut MB Selangor: Mampukah PR Bertahan?" yang dianjur oleh  Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Menurut sumber, Zulhazmi berkata demikian ekoran keengganan PAS dan Abdul Hadi untuk akur terhadap pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Tegas peguam dari Kedah itu lagi, Presiden adalah salah seorang daripada AJK PAS Pusat, namun beliau memegang jawatan sebagai Presiden dalam parti tersebut.

Justeru itu katanya, Presiden harus menghormati semua AJK PAS Pusat yang lain dengan melakukan perbincangan dengan mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan melibatkan kepentingan parti.
 
“...Dia boleh ada kuasa pemutus, tetapi di dalam mesyuarat,” jelasnya yang dipetik dari Sinar Harian baru-baru ini. -KedahNews.com

Read More

Aksi Panas Gadis Islam, Melayu, Warganegara Malaysia!

Jika dilihat dari sudut pemakaian, KedahNews.com berpandangan bahawa gadis yang membonceng motorsikal ini beragama Islam, berbangsa Melayu 

Berdasarkan nombor pendaftaran motosikal yang ditunggang itu yang bermula dengan huruf "Q" itu pula, berkemungkinan besar "jokey" dan gadis sedondon warna pakaian itu merupakan warganegara Malaysia.

Namun aksi yang dipamerkan gadis tersebut rasanya langsung tidak mencerminkan akhlak seorang Islam, Melayu atau warganegara Malaysia yang berdaulat ini.

Islam melarang umatnya mendedahkan aurat, membahayakan nyawa dan sekiranya lelaki yang menunggang motorsikal itu bukan muhrimnya, maka adalah haram gadis tersebut bersentuhan dengan lelaki tersebut.

Bangsa Melayu pula yang kaya dengan adab sopan dan budaya ketimuran juga menegah golongan hawa dari berkelakuan tidak senonoh seperti gambar diatas, terkangkang, terselak hingga ke paha, sambil membonceng seorang lelaki sebegitu rupa.

Dan warganegara Malaysia yang mendokong semangat rukunegara yang kelima, "kesopanan dan kesusilaan", sudah tentu tidak bersetuju dengan aksi tidak senonoh dan menjengkelkan, bukan?

Bagi sesetengah golongan yang malas berfikir dan enggan menggunakan ilmu atau akal yang Allah berikan, mungkin aksi sebegini merupakan satu keseronokan bagi mereka. Kononnya, "hebat" dan bangga dimuat naik ke laman sosial.

Apa pula pandangan para pembaca KedahNews.com mengenai gadis tersebut?

Sebelum itu, bayangkan gadis di atas adalah adik perempuan atau saudara kita. Apa pula pandangan dan tindakan kita terhadapnya? -KedahNews.com


Read More

Penyokong BN Dikecam Gara-Gara Hina Sesama Islam Di Facebook

Seorang pengguna laman sosial Facebook yang dipercayai salah seorang penyokong Barisan Nasional (BN) dikecam oleh rakan-rakan penyokong BN yang lain ekoran tindakannya memuat naik status menghina jenazah Allahyarham Ustaz Mohd Lotfi Ariffin.

Pengguna Facebook yang menggunakan akaun Shariman Immortal Omar memuat naik gambar arwah Mohd Lotfi yang gugur di medan tempur di Syria dengan kapsyen seolah-olah menganggap jenazah bekas tahanan ISA itu bagaikan "haiwan" yang sedang diseksa.

"Pengganas Ulama PAS mapuh macam haiwan duk kena seksa jah. Hahaha!!!", tulis Shariman, tanpa memikirkan kesan, dosa atau pahala di laman sosial.

Ekoran sikap yang bagaikan "bertuhankan politik" dan meletakkan akhlak yang dianjurkan Islam "di bawah kaki", Shariman dikecam beberapa penyokong BN yang lain.

"Aku pon sokong juga BN tapi takla sampai nak menghina sesama Islam. Tak sangka orang kkm perangai macam ni. Orang cari kau mamposlah," kata Mohd Farizal Md Amin.

Selain itu, seorang pengguna laman Facebook turut memohon agar Shariman diberikan hidayah oleh Allah SWT atas keceluparan tersebut.

"Semoga Shariman mendapat hidayah..," kata Yakob Abdullah, kesal dengan kelakuan Shariman.

KedahNews.com memandang berat mengenai insiden seperti ini ekoran segelintir pihak yang begitu taksub pada sentimen politik kepartian sehingga sanggup mengenepikan ajaran Islam yang pernah disampaikan Rasulullah SAW.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap individu itu berhak untuk menyokong mana-mana parti yang mereka suka. Namun apa pun sokongan tersebut, rasanya tidak wajar jika lebih "berkiblatkan" perkara lain melebihi Islam sebagai sumber rujukan utama.

Bayangkan jika sikap segelintir umat Islam sebegitu dilihat oleh golongan bukan Islam. Apakah pula yang akan terbayang oleh mereka terhadap Islam? Apakah sikap begitu yang dianjurkan Islam? Wallahu'alam. -KedahNews.com

Read More

Video: AWAS! Jangan Tertipu Dengan Telur Ayam Tiruan Di Pasaran

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terbeli telur ayam tiruan yang dikatakan berada di pasaran sekarang.

Seorang pelanggan misalnya mendedahkan dia telah terbeli telur ayam tiruan di sebuah pasaraya tempatan melalui satu video demonstrasi yang dimuat naik ke laman Youtube baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, telur ayam yang dikatakan tiruan itu mempunyai tekstur yang agak luar biasa setelah direbus berbanding sifat telur ayam yang tulen.

Telur ayam tiruan yang telah direbus itu seolah-oleh "kenyal" dan telur kuningnya agak sukar untuk dipecahkan seperti kebiasaan telur ayam yang lain.

Berikut adalah video tersebut: -KedahNews.com

Read More

Suhaizan Dakwa Kerajaan PAS Kelantan Bakal Runtuh?

Kota Tinggi - Kerajaan PAS Kelantan bakal runtuh sekiranya parti itu gagal meningkatkan prestasi pentadbirannya serta menguruskan masalah dalaman dengan baik.

Amaran keras itu dinyatakan Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat kepada kepimpinan tertinggi partinya supaya tidak terus bergantung kepada faktor 'Nik Aziz' untuk terus mempertahankan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, faktor ketokohan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak boleh terus dijadikan modal politik PAS untuk meraih sokongan rakyat.

"Ada di kalangan rakyat Kelantan yang tidak bersetuju dengan PAS tetapi sayang dengan kepemimpinan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) maka mereka mengundi PAS. Bagi sesetengah pengundi, pengaruh tok guru lebih besar daripada pengaruh PAS itu sendiri.

"Kini tok guru tidak lagi menjadi menteri besar Kelantan dan PAS belum teruji kekuatannya dalam Pilihanraya Umum tanpa faktor tok guru. Keadaan ini sangat membimbangkan," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS Pusat ke-55 di Dewan Chon Moi di sini, Selasa.

Selepas PRU-13, pentadbiran PAS Kelantan kini diterajui oleh Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Yaakob.

Tegas Suhaizan, tidak mustahil pentadbiran PAS Kelantan bakal berhadapan dengan nasib yang sama ketika parti itu mentadbir Kedah dan Terengganu apabila hanya mampu bertahan selama satu penggal.

Katanya pengundi dan penyokong PAS boleh menolak parti itu pada bila-bila masa sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan prestasi terkini PAS Kelantan.

"Kemenangan PAS dibantu oleh sokongan daripada anak Kelantan di perantauan yang balik mengundi. Ini adalah satu isyarat bahawa rakyat tempatan Kelantan tidak berpuashati dengan prestasi kepemimpinan kita.

"Perlu diingatkan juga bahawa rakyat Kelantan terkenal dengan pemikiran politik yang kritikal dan dinamik. Sejarah telah membuktikan mereka boleh sahaja menolak PAS jika mereka tidak berpuashati dengan prestasi kerajaan negeri pimpinan kita," katanya.

Tambah Suhaizan, hasil post-mortem PAS mengenai prestasi parti itu dalam PRU-13 lalu mendapati kekalahannya di Kedah berpunca daripada masalah dalaman yang gagal diurus dengan baik.

"Akhirnya rakyat menghukum kita di Kedah. Kekalahan ini bukan sahaja memberi imej tidak baik kepada PAS di Kedah malah seluruh negara.

"Sedangkan Pakatan Rakyat boleh mempertahankan kemenangan lebih daripada satu penggal di Selangor dan Pulau Pinang," katanya. -myMetro

Read More

Sarawak Lambang Kejayaan Pembentukan Negara Bernama Malaysia


Miri - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa bangga melihat pembangunan pesat yang dinikmati Sarawak ketika ini, yang menjadi bukti bahawa usaha gigih pemimpin terdahulu dalam membina pembentukan Malaysia membuahkan hasil amat membanggakan.

Beliau berkata perjalanan jauh penuh cabaran dan dugaan yang ditempuhi Sarawak dan Sabah dalam pembentukan sebuah negara bebas, merdeka serta berdaulat, menjadikan Malaysia kini umpama sebuah keluarga besar yang dianggotai rakyat berbilang kaum.

Najib berkata kini tanggungjawab meneruskan kesinambungan dalam pembangunan negara terletak di bahu seluruh rakyat dengan beliau sebagai ketua kerajaan, memikul tanggungjawab untuk mendengar suara dan tuntutan semua anggota keluarga ini.

Beliau berkata semangat serta kegigihan yang ditunjuk penduduk Sarawak dan Sabah menampakkan bahawa mereka bangga serta berpuas hati dengan langkah bijak pemimpin terdahulu yang memilih untuk merdeka bersama Malaysia.

"Kini kita tidak akan berpatah balik, kita akan pertahankan kedaulatan Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia, dan saya sebagai Perdana Menteri, menjadi tanggungjawab saya, jika ada yang cuba menggugat keselamatan, kedaulatan negara, bersedialah untuk berhadapan dengan tindakan kekuatan undang-undang negara," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap di majlis sambutan Hari Malaysia ke-51 peringkat kebangsaan di Dataran Kipas di sini, yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud. -myMetro

Read More

Dari Lorong Pauh Hingga Ke Luar Negara, Hebatnya Anak Kedah!

ALOR SETAR - Nama Fuziah Ahmad mungkin belum setanding nama besar seperti usahawan makanan, Faiza Bawumi Sayed Ahmad, namun produk bahulu keluaran perusahaan miliknya kini cukup terkenal di negeri ini.

Malah, titik peluhnya terbukti apabila dinobatkan sebagai Usahawan Terbaik Pasar Tani (Produk Industri Asas Tani) yang disampaikan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Tan Sri Badruddin Amiruldin di Taman Wira Mergong, baru-baru ini.

Menurutnya, dia membuat aneka kuih tradisional, terutamanya bahulu semenjak 1990 di bengkel kediamannya di Lorong Pauh, dekat sini dibantu ahli keluarga dan pekerjanya.

“Alhamdulillah, produk bahulu keluaran perusahaan kami bukan hanya makin laris dan dikenali di seluruh negeri, sebaliknya turut dibawa ke luar negara.

“Malah, ada pelanggan tetap sanggup memesan bahulu khas semata-mata untuk dibawa pulang ke India dan London kerana merasakan bahulu kami tiada tandingan,” katanya kepada Sinar Harian.

Fuziah berkata, dia menghasilkan bahulu dalam pelbagai jenis perisa antaranya seperti strawberi, cappuccino, koko, coklat, pandan, beri biru dan pisang mengikut selera pelanggan.

"Bahulu yang dibuat juga turut diisi dengan inti seperti jem nenas dan beri biru demi menambahkan lagi kesedapan bahulu keluaran kami," katanya.

Katanya, untuk menghasilkan bahulu itu, dia perlu menggunakan dua guni tepung seberat 50 kilogram dan 1,500 biji telur demi menyiapkan tempahan pelanggannya setiap hari.

“Adakalanya, kami tidak menang tangan menyiapkan tempahan. Meskipun hari biasa, tempahan bahulu untuk majlis perkahwinan tidak putus-putus,” katanya.

Kini katanya, dia sudah mencipta nama dan memperkenalkan produknya ke persada tanah air, selain mengharapkan sasaran perusahaan bahulu miliknya menembusi pasaran antarabangsa tercapai.

"Saya juga berhasrat nak buka sebuah kilang bagi mengembangkan perniagaannya bahulu ini sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya. -Sinar Harian

Read More

PAS Kedah Sanjung Perjuangan Arwah Ustaz Lotfi

ALOR SETAR - Jasa Mohd Lotfi Ariffin terhadap parti tetap dikenang dan beliau akan diingati sebagai seorang pendakwah dan pendidik, ketika menjawat Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Kedah sebelum berhijrah ke Syria untuk berjihad dan gugur di negara bergolak itu.

Setiausaha Dewan Ulama Pas Kedah, Ahmad Yahaya berkata, Mohd Lotfi antara pemimpin lama dalam parti itu sejak menyertai Dewan Pemuda dan pernah dilantik sebagai Exco Pemuda Pas Kedah.

“Nasihat, tarbiyah dan tausiyah Allahyarham akan kami ingati, beliau juga antara pendakwah yang aktif di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, sejak awal tahun, ketika menghubungi Mohd Lotfi atau juga dipanggil Ustaz Mad untuk terlibat dalam penganjuran program parti, beliau seringkali berada di luar negara khususnya, Timur Tengah dan seakan memberi ‘isyarat’, sedang merancang sesuatu yang di luar dugaan.

“Saya masih ingat, pada 7 Februari menghubungi Allahyarham untuk meminta mewakili Dewan Ulama Negeri ke Mesyuarat Ulama Pas Pusat di Kuala Lumpur, jawapan yang saya terima ketika itu, dia di Istanbul,” katanya.

Ahmad menghubungi Mohd Lotfi sekali lagi pada 23 Februari, meminta menguruskan program Lajnah Tarbiyah Ulama namun jawapan diterima, berada di Syria.

“Jawapannya sangat ringkas tetapi sudah memberi maksud yang jelas. Sanubari saya seolah dapat membaca fikirannya, bahawa Ustaz Mad  sudah melangkah jauh meninggalkan Malaysia, meninggalkan keluarga dan keindahan hidup untuk mencari syahid,” katanya.

Menurutnya, itulah kenangan terakhir bersama Mohd Lotfi dan selepas itu mereka terputus hubungan dan perkembangannya hanya diketahui melalui Facebook dan akhbar.

Ahmad yang juga Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa), berkata, sebagai menghargai sumbangan Mohd Lotfi, Hesa akan menjual buku karya Allahyarham, bertajuk ‘Siasah Syar’iyyah’ pada Muktamar Pas Pusat, yang berlangsung pada 18-20 September ini.

“Separuh daripada hasil jualan buku itu kelak akan disalurkan kepada keluarga Mohd Lotfi,” katanya.

Pada 19 April, Mohd Lotfi menghantar surat kepada Ketua Dewan Ulama Pas Pusat dan Dewan Ulama Pas Kedah, memaklumkan beliau meletak jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama Pas Pusat dan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Kedah.

Mohd Lotfi yang berasal dari Kampung Tembak, Kuala Ketil, Baling memuat naik status itu menerusi Facebook miliknya, selepas Jawatankuasa Pas Pusat yang bermesyuarat 11 Mei lalu memutuskan memecat keahliannya, setelah menyiasat dakwaan penglibatannya di Syria menyertai peperangan di sana melalui kumpulan yang dikatakan berjihad.

Bagaimana pun, ketika itu, status keahlian Mohd Lotfi masih menjadi tanda tanya berikutan ahli Pas kawasan Baling itu tidak melakukan perkara yang melanggar perlembagaan parti.

Pemergian Mohd Lotfi ke Syria pada 31 Januari lalu hanya diketahui parti itu selepas beliau mengemas kini status Facebook, memaklumkan berada di negara bergolak itu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak. -Sinar Harian

Read More

Saya Tengah Tunggu Jodoh - Aktress Seksi

Dikatakan bakal berkahwin penghujung bulan ini, pelakon Wan Sharmila akui terkejut dan tidak tahu dari mana cerita itu timbul.

Ditemui selepas pelancaran drama terbaru lakonannya, Hanya Satu, pemilik nama Wan Sharmila Wan Mohamed ini berkata, dia langsung tidak tahu apa-apa mengenai cerita yang diwujudkan itu. 

“Saya tak tahu apa-apa mengenai berita hendak kahwin itu. Saya pun tengah tunggu bilakah jodoh saya akan tiba.

“Saya tak mahu cakap mengenai gosip berkenaan sebab takut kenyataan dimanipulasi. Seperti yang berlaku baru-baru ini, lain yang saya cakap lain pula cerita yang keluar. Apabila saya kata tiada, tapi ditulis saya menafikan seolah-olah perkara itu berlaku sedangkan tidak,” katanya.  

Pelakon berusia 33 tahun itu ditemui pada sidang media drama bersiri web Hanya Satu yang bakal disiarkan di laman web Tonton.com.my. 


Drama yang turut menampilkan Syarif Sleeq, Kilafairy, Qhaud Rashid dan Fezrul Khan itu akan bermula siarannya pada 15 September ini pada jam 12 tengah hari setiap Isnin hingga Jumaat.

Wan berkata, jika benar dia akan berkahwin, dia akan memberitahunya kepada umum dan tidak akan merahsiakan perkahwinan kali keduanya itu.

Laporan sebelum ini menyatakan pelakon drama bersiri Tari Tirana itu sudahpun membuat persiapan majlis pernikahan dan perkahwinannya dengan seorang juruterbang.

Disebabkan cerita itu, ia menjadi bahan gelak antara dia dan rakan-rakan, namun jauh di sudut hatinya, dia berasa sangat sedih dan kecewa serta berasakan ada pihak yang cuba memburuk-burukan namanya.

“Cerita itu jadi bahan gelak saya dan kawan-kawan. Kelakarnya sebab si penulis lebih tahu banyak mengenai saya daripada diri saya sendiri.

“Sedangkan saya tidak fikir langsung pasal kahwin sebaliknya saya kini semakin sibuk dengan kerja dan sedang fokus mencari duit.

“Namun, jauh di sudut hati, saya berasa sangat sedih. Terasa diri seperti dipijak-pijak dan ditindas. Saya tidak tahu dari mana dan bagaimana cerita itu boleh timbul. Mungkinkah disebabkan saya ini terlalu jujur dan ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadap sikap saya itu,” katanya.

Bagaimanapun, Wan Sharmila akui gosip sebegitu adalah asam garam dan lumrah biasa yang akan dilalui kebanyakan artis begitu juga dengan dirinya.

“Saya tidak menyesal dengan apa yang terjadi, saya anggap ini adalah harga yang harus saya bayar sebagai anak seni,” katanya lagi.

Read More
Newer Posts Older Posts Home