Tuesday, 28 October 2014

PAS Perlu "Tunduk" Pada PKR & DAP, Jika... - Khalid Samad

KUALA LUMPUR – PAS mengakui parti itu terpaksa mengalah dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi masa depan politiknya dalam Pakatan Rakyat.

Menyifatkan pernah ‘disiku’ oleh rakan sekutunya itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bagaimanapun berkata, parti itu perlu bertahan jika ingin terus bersama dengan DAP dan PKR.

“Kita kena faham adat berkawan, kalau dulu biasanya main sendirian, tapi sekarang dah ada kawan. Tak boleh kememeh (manja), main bola dengan kawan pun kadang-kadang kena siku.

“Lalu relakslah. Kalau kena siku…balik rumah beritahu mak ayah dibuli, takut-takut akhirnya tak ada orang nak kawan,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2015 di sini.

Bagaimanapun, Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS menegaskan bahawa parti tidak pernah dibuli oleh DAP dan PKR ketika berada dalam Pakatan Rakyat sejak penubuhannya pada 2008.

“Dari segi dakwaan buli yang disebut oleh Yang Berhormat (YB) Ketereh (Tan Sri Annuar Musa) khususnya mengenai PAS dalam Pakatan Rakyat, saya ingin nyatakan secara jelas bahawa dalam pakatan ini, PAS tidak dibuli,” katanya.

Sebelum ini, ketika membahaskan RUU yang sama, Annuar mendakwa PAS sering menjadi mangsa buli oleh DAP dan PKR dalam pelbagai perkara termasuk yang terbaharu membabitkan isu pelantikan Menteri Besar Selangor. - mStar Online

Newer Post Older Post Home

7 comments:

dia ni bodoh.....
maruah dengan di siku 2 menda yag berbeda....

Rasanya bukan dia aja yang bodoh anonymous 3:25, tapi asalkan puak2 PAS semuanya BODOH, termasuk golongan ulama diaorang...c nik najis n c pil kuda.....tu

Main politik main bola dua isu yang berasingan . Prinsip PAS adalah sama baik ketika berjuang bersendirian, bekerjasam dengan BN mahupun bila bersama Pakatan Rakyat. YB saudara Khalid Samad tentu lebih arif dengan PAS.
Tidak mendahulu Ulama, terkini PAS seolah berantakan apabila golongan bukan ulama telah mendahulu ulama. Adalah lebih baik YB saudara Khalid Samad tidak mendahulu ulama apabila bermedan magnet bersama Pakatan Rakyat. Ahli PAS semakin terganggu dengan dengan titah sanggah golongan bukan ulama yang cuba memandu ulama kepada dimensi membolehkan sokongan 'membuta tuli' semata memenangi doktrin perjuangan DAP dan PKR.
Isu MB Selangor adalah jelas bagaimana PAS sepatutnya memang layak mengepalai kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tetapi menjadi rileks apabila DSAI berhujah Tan Sri Khalid, dari PKR lebih layak . PAS terentak dan tersentak dengan strategi baru DSAI tiba-tiba menukar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan DWA pulak. Maka disitulah sifat kebenaran DSAI telah menyimpul PAS dengan mudah akibat betapa mudahnya DSAI menunggang PAS setelah ulama terlena dan dilucut tali pedati sehingga ulama seperti hilang status quo dalam PAS.
Kesatuan PAS dan ulama jika disanggah sebegini akan runtuh kota istananya.

Asal cakap je terus nampak bodoh. Asal ulas je terus nampak tongong. Sejak dulu ke khalid samad ni sakit? Kenapa tak berubat cepat? Sakit bodoh dan tongong ni jika dibiarkan akan melarat menjadi bengong...

kalid samad musuh no1,harus ditentang, musnahkan karier politik dia, tuan guru tolong pecat dia,,,,,,,,,,,,dia ni sibuk jaga hati bukan islam,,,,,pas boleh lingkup simpan orang macam ni,,,,,,,hasan ali salah seorang mangsa dia

Baguslah orang-orang Melayu dah mula pandai untuk menilai mana dia sebenarnya pemimpin yang tersangat manja dan takut dengan DAP dan PKR sebenarnya.

ulamak tak bodoh..tapi dalam PAS tu ada ulamak ke ?
takde kot....
kalau pandai, gabung dengan BN..tak perlu masuk BN/UMNO..
ni baru cerdik berpolitik...
barulah melayu & bumi kuat..
kita tak perlu undi keturunan kaum immigren...

Post a Comment