Wednesday, 22 October 2014

Breaking News: Pejuang Ulama PAS Bongkar Konflik Azmin - Anwar?

Sebuah laman Facebook, El Haraki membuat satu pendedahan yang mengejutkan hari ini mengenai cara Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memberikan reaksi kepada kes liwat membabitkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam statusnya hari ini, laman itu mengatakan ada kemungkinan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR sudah mula muak dengan permainan politik yang cuba ditunjukkan Anwar.

Dakwa status tersebut, satu rombongan yang hadir ke pejabat Menteri Besar Selangor di Bangunan SUK di Shah Alam merah muka dan menanggung malu apabila Azmin tidak memberi respon positif kepada kempen membebaskan Anwar dari hukuman penjara sebaliknya diberikan ‘tazkirah’ pula.

“Rombongan kecil tersebut terpaksa menerima syarahan Azmin tentang keperluan manusia insaf dengan kesilapan lalu dan tidak mengulanginya lagi,” katanya.

Laman itu turut memaparkan beberapa intipati tazkirah Azmin kepada rombongan itu:
- Bezakan kesilapan sendiri, dengan kesilapan parti
- Allah tidak jadikan taubat Nasuha sebagai perkara main-main
- Tak ada pemimpin yang lebih besar daripada harakah perjuangan
- Berapa banyak peluang yang perlu diberi
- PKR sudah perlu berubah, tidak ‘person-centric’ tetapi ‘perjuangan-centric’.

Selain itu, rombongan itu juga dikatakan terkejut dengan kenyataan Azmin berkaitan kempen menuntut kebebasan Anwar.

“Bila ditanya sama ada geran Selangorku boleh membantu program bebaskan Anwar, Azmin hanya ketawa kecil.

“Sudah-sudahlah tu.. kita banyak kerja di Selangor,” kata Azmin menurut laman Facebook itu.

Laporan itu turut menyebut bahawa apa yang Azmin katakan itu sangat mengejutkan.

“Daripada satu segi, Azmin sudah bersedia untuk keluar daripada bayang-bayang Anwar,” katanya.

Pada 7 Mac lepas, Anwar yang juga Ketua Pembangkang dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pasukan pendakwaan terhadap keputusan kes liwat II melibatkan Anwar dan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 28 dan 29 Oktober ini, Anwar akan mengetahui nasib beliau sama ada bebas atau dipenjarakan atas kesalahan tersebut dalam rayuan peringkat terakhirnya di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya untuk mengenepikan hukuman penjara berkenaan. -KedahNews.com

Newer Post Older Post Home

0 comments:

Post a Comment