Tidak memandang ringan terhadap sebarang unsur fitnah terhadap golongan pendakwah dan ulama di Malaysia, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) difahamkan telah menyerahkan klip video lelaki mirip penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, ke Jabatan Forensik untuk disiasat secara terperinci.
Memetik laporan media arus perdana, video berkenaan dikaji bagi tujuan siasatan dari sudut kesahihan dan keasliannya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa dilaporkan berkata, pakar forensik PDRM perlu menganalisa kandungan video itu untuk mengenal pasti keasliannya dan juga menyiasat sama ada adakah ia menggunakan teknik pertindihan (superimpose).
“Kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mengesan dalang yang menyebarkan video ini,” katanya yang dipetik dari akhbar berkenaan baru-baru ini.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan di atas kesalahan penyebaran dan memiliki bahan lucah.
Pihak polis juga masih dalam proses siasatan mengenal pasti individu yang mula-mula sekali menyebarkan video tersebut di laman Internet. -KedahNews.com
0 comments:
Post a Comment